I made this widget at MyFlashFetish.com.

Laman Utama

Khamis, 30 April 2009

Sayangku....

Sayangku,
Maafkan diriku kini tidak lagi seperti dulu,
Tiada lagi gelak ketawa kita bersama,
Melangkah seiringan kita mengukur setiap jalan,
Walaupun tidak berjalan berdua seperti pasangan yang lain
kerana kehadiran muhrimku,
Kita cukup bahagia,
Dan aku cukup bahagia kerana kau memahami pendirianku,
Ya, kononnya muslimah yang inginkan perhubungan yang aman,
Kononnya....!!!!

Sayangku,
Semua pahit manis kita harungi bersama,
Aku setia denganmu,
Kau jua begitu setia denganku,
Aku bahagia...
Terasa dunia aku yang punya..!!!!

Sayangku,
Itu masa kejahilan kita,
Waktu itu, kita tidak tahu lagi bahawa berpasangan itu
tiada dalam islam,
Kerana percintaan bermaruah adalah perkahwianan...

Sayangku,
Teringat lagi sewaktu kita berpisah,
Ada titisan jernih ku lihat di wajahmu,
Aku tak dapat menahan emosi lalu aku menangis jua,
Kita menangis berdua tanpa peduli di sekeliling,
Cengengnya kita....

Sayangku,
Kau buat aku bersemangat untuk menegakkan kesucian islam,
Kau beriku kekuatan menempuh dugaan hidup bersama,
Kau selalu menasihatiku,
Dan, aku hargai segala nasihatmu,
Nasihatmu selalu kubawa bersama dalam jaga atau lena...

Sayangku,
Kini kita tidak lagi bertemu seperti selalu,
Kelmarin tanpa kau tahu,
Aku menangis melihat susukmu sudah susut,
Mengapa begitu sayangku???
Tidak sayang pada aku lagikah???
Terseksa benarkah kau???

Sayangku,
Telah kita tinggalkan jalan yang tidak diredhai,
Semoga Allah memberikan kita jalan yang halal,
Dan, jika aku jodohmu,
Aku akan pastikan taat setiaku milikmu setelah Allah,
Itu yang aku doakan seusai solatku,
Moga di kabulkan....
Amin......

1 ulasan:

InNaSoLaTi WaNuSuKi WaMaHyAaYa WaMaMaTi LiLLAhiRaBbiLaLaMiN.....

InNaSoLaTi WaNuSuKi WaMaHyAaYa WaMaMaTi LiLLAhiRaBbiLaLaMiN.....