I made this widget at MyFlashFetish.com.

Laman Utama

Selasa, 29 Mac 2011

Doa-doa dlm Al-quran (bahg.2)

Alhamdulillah... ada jua waktu yang lapang untuk meneruskan lagi bahagian ini.
kali ini untuk ibu2 yang sedang hamil. Sesuai di amalkan pada awal kehamilan lagi




1. Surah Yusuf

- untuk mendapatkan anak yang soleh, sihat, Cantik dan sempurna
- Baik di amalkan bagi sesiapa yang berkehendakkan anak lelaki.( sure hensem punya cam artis hehe..Wallahualam)

2. Surah Luqman > Makiyyah> Ayat:34

- Untuk mendapatkan anak yang taat dan bijak(InsyaAllah)

3. Surah Maryam > Makiyyah> Ayat : 98
- Bagi yang ingin anaknya menjadi sabar dan taat
- InsyaAllah akan dipermudahkan untuk bersalin
- Bagi sesiapa yang inginkan Anak perempuan leh la amalkan ni

p/s: see... betapa indahnya islam kan? semua aspek ada di ajar.. Al-quran itu benarlah sebagai penawar bagi segala penyakit insyaAllah.. kecuali mati.

Sumber : pelbagai

Jumaat, 25 Mac 2011

Langkah Menuju Takwa



Mulakan langkah-langkah ni sebagai setapak lagi langkah kita menuju Allah SWT. Jika diri kita sebagai si pelaku tegar dosa sebelum ini, berubahlah... perdulikan segala cemuhan, kutukan hatta kritikan masyarakt terhadap kita tentang masa silam.

Mulakan dengan senyuman dan seterusnya doakan mereka agar diberikan taufik dan hidayah. Mereka belum lg mnegetahui niat kita yng bersungguh-sungguh untuk behijrah ke arah kebaikan. Jadikan langkah-langkah tersebut sebagai pedoman dan langkah terawal kita untuk jalan takwa, insyaAllah :

1. Memelihara Solat
- Solat on time ler... jgn tangguh2 lg.
- Elok lah kita berjemaah. uiks, banyak pahalanya tu klu kita bjemaah
- kusyuk, nah... kalau dah kusyuk, rasa mo terkentut pun nda jadi, try la!!!

2. menjaga hati
- jangan jeleszz
- buruk sangka
- zina hati
- riak
- takbur
- ujub
- and suma penyakit hati la bah... elakkan tau

3. Menjaga pertuturan (Lisan)
- nah... mengumpat la tu terutamanya...
- berkata perkataan lagha..(sia2)
jaga lidah orang bilang... elakkan la k dari berkata sia2, lebih baik diam dan bercakap bila perlu

4. Menjaga pendengaran
- nah,ni paling banyak orang suka ni, lagi2 lo cita yang dtunggu2 dan hot mau didengar dari pihak yang dmusuhi(ni kes penyakit hati la ni). lain kali, jangan la buat lagi tau, sia2 pahala.

5. Menjaga penglihatan
- faham2 sendiri la kan?
- zina mata

6. Menjaga Perut
- makan sebelum kenyang, sebab kebanyakan penyakit dari perut
- pastikan yang kita makan tu halal, lo ragu2(shubhah) baik tinggalkan

sumber: karangkraf dan pelbagai

Selasa, 1 Mac 2011

Doa-doa dlm Al-quran (bahagian 1)

Hmmm... lama tak update blog ni bah...kesibukan seharian telah membataskan waktu untuk melayari sebarang laman web atau update segala-galanya disini... banyak dah sahabat2 yang tertanya2 mngapa blog Ikhlas ni tak di update hee... sorry la my frens, sibuk betul bah...fb pun jarang suda dbuka.

memulakan lembaran baru tahun 2011 dengan perkongsian baru iaitu, doa2 yang terdapat dalam al-quran. Cukup ringkas, bermakna dan senang dhafal. so easy... Rajin2 lah berdoa agar dapat kita rasai kewujudan Maha Pencipta , tanda kita mengingatinya dan jauh daripada sifat orang sombong, Nauzubillah.

Pada kali ini, saya dapat kongsikan sedikit sahaja doa-doa dalam alquran kerana masa amat membataskan. Check it out!!! :

1. Al-fatihah
- terutama ayat 5, 6, dan 7

Ayat 5:
Maksudnya : "Hanya Engkau yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

-Na'budu: diambil dari kata ibadat: ke[patuhan dan ketundukan yang ditimbulkan oleh perasaan terhadap kebesaran Allah sebagai tuhan yang disembah kerana keyakinan bahawa Allah mmpunyai kekeuasaan yg mutlak terhadapnya.

-Nasta'iin (minta pertolongan) : diambil dari perkataan isti'ananh : mngharapkan bantuan untuk mnyelesaikan suatu pekerjaan yang tidak sanggup dikerjakan dengan tenga semdiri.


Ayat 6:
Maksudnya: "tunjukilah kami kejalan yang lurus"

Ayat 7:
MAksudnya : (iaitu) Jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat kepada mereka, bukan(jalan) mereka yang dimurkai dan bukan pula mereka yang sesat

sumber : Iphone> myQuran.

InNaSoLaTi WaNuSuKi WaMaHyAaYa WaMaMaTi LiLLAhiRaBbiLaLaMiN.....

InNaSoLaTi WaNuSuKi WaMaHyAaYa WaMaMaTi LiLLAhiRaBbiLaLaMiN.....