I made this widget at MyFlashFetish.com.

Laman Utama

Selasa, 28 April 2009

Sahabat...









Dengarkan kerinduan di lautan memori,
Mengintai kenangan indah Yang menyentuh emosi,
Masih segar diingatan,
Saat mulai bersemi,
Hadirmu bawa sinar cahaya inspirasi,
Sahabat,Kau sesungguhnya,
Temanku dikala suka & lara,
Tikaku buntu diselubungi sendu,
Kau tiupkan ketabahan,
Untukku ku ukir senyuman,
Bagaikan embun hilang di terbit fajar,
Kau pergi jauh mengejar cita,
Menggapai redha yang Esa,
Duhai sahabat dengarkanlah bicara hatiku ini,
Meskipun jarak memisahkan namun tiada noktah kasih,
Biarla waktu menentukan nilai ukhuwwah yang terjalin,
Teruskan perjuanganke titisan darah terakhir,
Dan aku, masih disini terus mendaki,
puncak tertinggi hidupku...
Dan aku,terus menanti saat yang manis,
akan berulang kembali...
SAHABAT...


tajuk : sahabat
munasyid : devotees




Sahabatku...
masihkah kau ingat lagu itu??? itu lagu kegemaran kita. Tentu kau tak lupa. Sahabatku, aku sangat sayangkan kau kerana Allah. Tiada siapa yang dapat memisahkan kita kecuali maut.


Sahabatku,
berjanjilah padaku yang kau akan terus menjadi sahabatku di dunia dan akhirat.


Sahabatku,
Warkah ini khas ku karang buatmu, aku tau kau tidak mempunyai terlalu banyak masa bersamaku kerna kau jua ada matlamat dan cita-cita yang harus di kejar.


Sahabatku,
Kadang- kadang aku cemburu melihat kawan-kawanmu dapat meluangkan banyak masa bersamamu. Aku cemburu, tapi, aku mesti memahamimu, dalam dirimu, bukan hanya ada aku. Tapi cukuplah sekadar aku menjadi yang teristimewa di hatimu. Dan aku akan sabar menantimu kembali ke bumi Sabah, di Kudat yang telah menjadi titik permulaan persahabatan kita.


Sahabatku,
masih teringat sewaktu kita di alam persekolahan, masih teringat lagi sikapmu yang gemar membaca surat khabar . Aku kagum denganmu tidak seperti aku yang tak suka surat khabar. Bila aku menghampirimu, ternyata bukan isu semasa yang kau baca tetapi bahagian sukan dan kau hanya melihat Bambang Pamungkas !!!!! Tergelak puas ku melihat kenakalanmu.


Sahabatku,
Serasanya, baru semalam kita bersama-sama di alam persekolahan yang penuh kenangan. Kau dan aku saling tekun berusaha menjadi yang terbaik di dalm kelas. Dan pabila keputusan telah di umumkan, keputusan kita hampir sama!!! Dan kita sangat gembira semasa itu walaupun tidaklah segempak mana, tapi sekurang-kurangnya itulah usaha kita hehehehe...


Sahabatku,
Sewaktu kita mendapat keputusan untuk melanjutkan pelajaran, akulah yang paling sedih kerana kita tidak akan bersama lagi. Aku seperti kepatahan sayap, dan saat kita berpisah, kita bersama-sama menitiskan air mata. Itulah detik yang paling menyedihkan dalam hidupku. Tapi kita telah berjanji, akan terus berjaya dan sehingga kini aku genggam erat janji kita demi kebahagian di masa hadapan.

Sahabatku,
Aku cukup kagum denganmu yang sentiasa tabah dan selambadak berjuang sendirian tanpa kehadiranku atau sahabat-sahabat kita yang lain di sana. Kami tidak pernah melupakanmu sahabatku.
Teruskan malangkah sahabatku, persetankan segala yang tidak baik di sana. Tabahlah sentiasa. dan sentiasa ingat, jika kau tidak mempunyai sesiapa yang menghargaimu di sana, aku tetap ada dan sentiasa menyayangimu sebagai sahabat dan ahukhu fi islam.


Sahabatku,
Akan ku tunggu kepulanganmu,
Lekaslah pulang dan membawa segulung kejayaan buah tangan dari bumi kenyalang.
Semoga kau berjaya di sana.
Akhiru kalam, UKWAH FILLAH, ABADAN ABADAH......








3 ulasan:

  1. Assalamu 'alaikum wr wb

    Salam kenal yo dek...
    Saya dari jogja, dan aku sudah berkeluarga.
    Semoga anda sekeluarga sehat selalu.
    Dan dengan cara seperti ini kita bisa tukar informasi. Saya baru belajar soal website.

    Wassalam,

    sumartoto

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam
    thanx....
    Allah yubarik fiq...
    semoga dgn cara begini kita dpt terus untuk menambah ilmu pengetahuan...

    BalasPadam
  3. salam...
    sugguh menyentuh hati ku dengan tulisan mu ni, smga shbt mu pulang dgn kejayaan.
    begitu juga dengan kita di bawah bayu ni.
    Allah yu bari fiq.

    BalasPadam

InNaSoLaTi WaNuSuKi WaMaHyAaYa WaMaMaTi LiLLAhiRaBbiLaLaMiN.....

InNaSoLaTi WaNuSuKi WaMaHyAaYa WaMaMaTi LiLLAhiRaBbiLaLaMiN.....