I made this widget at MyFlashFetish.com.

Laman Utama

Selasa, 28 April 2009

Fitnah



Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
(al-Hujurat 49:6)

Fitnah..Bagi sesiapa yang telah melaluinya memang perit , dan siapa yang tidak tahan dengan ujianNYA mungkin akan mengambil jalan singkat dengan membunuh diri!!!! Masyaallah, sampai begitu sekali hebatnya penangan fitnah. Jika di beri pilihan kepada anda antara dibunuh dan di fitnah, tentu ada yang memilih untuk di bunuh sahaja.

Mengapa saya berkata demikian???? ini kerana hidup di fitnah sememangnya amat sengsara, di kutuk, di keji, di hina, di pulau, di umpat dan sewaktu dengannya adalah makanan buat yang terkena fitnah. Bagaimana hidup kita tanpa di percayai dan di pandang serong oleh masyarakat sekeliling??? tentu sengsara bukan??? lagi sengsara pabila orang yang tersayang atau orang yang rapat dengan kita yang telah bertahun-tahun mengenali kita pun mulai menjauhkan diri dari kita. Di sinilah kepercayaan dan kesetiaan seseorang terhadap kita di ukur.

Tapi, sebagai orang yang beriman, kita tidak seharusnya mudah melatah. Jika kita di uji dengan fitnah, ketahuilah, hanya Allah sebaik-baik pelindung. Dan bergembiralah dengan ujian tuhanMU kerana tidak beriman seseorang hamba itu pabila ianya tidak di uji. Dan anda jua patut gembira kerana apabila kita di fitnah, itu tandanya kita telah berjaya!!! sudah menjadi adat manusia yang tidak suka melihat orang lain berjaya.

Tidakkah mereka takut akan balasan Allah di sana kelak?? Lupakah mereka bahawa Janji ALLAH itu adalah pasti??? Tapi, bagi mereka yang teraniaya, kita tidak seharusnya terus mempersalahkan golongan yang membuat fitnah dan mak atau pak turut yang menyokong si pemfitnah ini . Ketahuilah bahawa mereka juga adalah insan biasa yang sentiasa melakukan kesilapan dek kurangnya ilmu pengetahuan, terlupa ( kerana berilmu tapi tidak amal ) dan lemah akan godaan taghut laknatullah.

Sewajarnya, kita harus sentiasa memaafkan. Memang perit di fitnah begitu, dan sebaik-baik manusia adalah apabila berkuasa untuk membalas, dia memaafkan. Wajarkah kita hidup dalam penuh dendam, hidup ini terlalu singkat untuk membenci wahai saudara seislamku. Maafkanlah mereka yang memfitnah wahai yang terkena fitnah, maafkan saja mereka nescaya hati kita akan tenang. Biarkan saja Allah melakukan kerjaNYA. Kita tidak berhak untuk membalas dan menghukum mereka kerana itu kerja tuhan kita sayangku... Teruskanlah melangkah kehadapan, jangan sesekali engkau hanyut atau terpujuk oleh godaan syaitan yang licik untuk membalas dendam.

Sayangi sahaja si pemfitnahmu itu, kelak mereka akn berubah malah kau akan dapati mereka akn menjadi sahabatmu yang lebih baik lagi....percayalah...insayaallah...yakinlah dengan kekuasaan tuhanmu. Paling penting, lupakanlah segala persengketaan. Jauhkanlah kita dari penyakit hati seperti iri hati, sombong, riak , dan sebagainya.

1 ulasan:

  1. Salam....
    Fitnah memang menyakitkan hnya org2 yg di fitnah merasai'y, tp ingtla sntiasa Allah sntiasa bersama2 dgn org2 yg sabar. wa'lahualam...

    BalasPadam

InNaSoLaTi WaNuSuKi WaMaHyAaYa WaMaMaTi LiLLAhiRaBbiLaLaMiN.....

InNaSoLaTi WaNuSuKi WaMaHyAaYa WaMaMaTi LiLLAhiRaBbiLaLaMiN.....