I made this widget at MyFlashFetish.com.

Laman Utama

Selasa, 5 Oktober 2010

Sejarah Palestin & Israel | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Bumi dan tanah rahmat, bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.

Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan 'Tanah Yang Dijanjikan Tuhan' kepada mereka.

Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.

Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.

Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa.

Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan kristian).

Sejarah Awal

Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka.

Kita tahu melalui al-Quran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.

Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut.

Kita boleh baca sendiri dalam al-Quran, betapa kaum ini semakin lama semakin besar kepala, meminta yang pelbagai daripada Nabi Musa dan sebagainya.

Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Baqarah.

Setelah Talut menawan kembali tanah Palestin daripada kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin).

Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa.

Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.

Sejak itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom.

Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian.

Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi.

Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.

Kedatangan Islam

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi.

Empayar Islam semakin berkembang dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Sepanjang tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi mengalami pelbagai perubahan daripada sudut struktur pemerintahan.

Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan gereja.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan 'fatwa' mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi.

Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades).

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat.

Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi.

Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin.

Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibu negara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.

Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai.

Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar.

Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi.

Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah.

Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada nama. Empayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang Dunia Pertama

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya Perang Dunia Pertama. Perang ini terdiri daripada dua kuasa besar; iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Rusia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary.

Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Itali menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain.

Kerajaan Islam Barat yang menjangkau hingga ke Algeria dan Sudan manakala negara-negara utara Afrika dikuasai oleh Perancis.

Kerajaan Islam juga diserang dari utara oleh Rusia, menyaksikan Rusia menawan kawasan utara kerajaan Islam.

Perlu diberi perhatian bahawa pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa dan kerajaan Islam disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisme di negara-negara Arab.

Pejuang kebangsaan/nasionalisme Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal I, berpaling tadah dan memihak kepada Britain.

Sejak itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain. Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin.

Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan, "Hari ini, Perang Salib sudah berakhir".

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi.

Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 penduduk sebelum itu kepada mencecah setengah juta penduduk, manakala penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil daripada Yahudi ketika Deklarasi tersebut merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann.

Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut.

Weizzman mendesak Setiausaha Luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut.

Dek terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju.

Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour:

"Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?"

"Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!"

"Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!"

Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.

Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.

Pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama.

Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin.

British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Bertitik tolak daripada situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul.

Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular.

Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu, "Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?"

Lord Curzon menjawab, "Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan Islam".

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet Turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut.

Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut.

Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan. 3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan.

Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, Khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri.

Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.

Holocaust

Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler.

Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4.

Pelan ini merencanakan pembunuhan Euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan hampir seramai 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.

Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Penglibatan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel.

Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki.

Setelah Holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Harry Truman.

Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) lalu pemisahan Palestin dideklarasikan.

Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB.

Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini.

Presiden Israel yang pertama ialah Chaim Weizmann.

Palestin Sekarang

Sedari peristiwa Holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel.

Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat Holocaust tersebut.

Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika.

Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa.

Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin.

Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika.

Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya dua; sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam yang menyokong perjuangan Palestin.

Di manakah kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.

Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.

Fikir-fikirkan.


Sejarah Palestin & Israel | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Selasa, 14 September 2010

luahankku..

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan bahawa orang mukmin itu tidak akan menuntut, tidak akan menghina, dan tidak akan memukul.

YA ALLAH, ku berdoa agar aku yang hina ini dapat mengharungi segala dugaan yang telah dberi.
Terkadang aku terasa lali dengan semua perkara yang berlaku dalam hidupku, dan terkadang jua, aku terasa lemah dan penat akan semua ini. Hanya pada Allah, keluarga tercinta serta sahabat setia sahaja tempatku mengadu.

Aku sama sekali tak akan menyoal kenapa dan mengapa semua ujian ini terjadi padaku. Cuma aku tersangat kesal dengan segelintir insan, kita telah berusaha membuat yang terbaik, jadi sahabat yang baik dengan berusaha tidak menyakiti hatinya, memuliakannya(menyatakan kebaikan yang telah dilakukannya), tidak pernah sesekali bersangka buruk terhadapnya, dan berusaha menutup segala keaibannya. Ya... selayaknya sahabat itu diperlakukan. Aku terkilan, sampainya hati mereka memperlakukan aku sedemikian.

Dan yang paling ku kesalkan, tergamaknya mereka cuba mempengaruhi sahabatku dengan semua keburukanku telah diceritakan. Dan aku sendiri pabila mendengarnya hanya mampu tersenyum dan tergelak (syukur sahabat2 karibku ini merupakan teman yang setia dan terus mempercayaiku). Keburukan yang tak boleh diterima akal.. perkara kecil dan sekecil kecilnya boleh dijadikan isu??? contohnya seperti hanya memakai kasut bertumit tinggi??? Aku hanya mampu tersenyum. Dan yang paling mencuit hati adalah sesuatu perkara yang terjadi, diputarbelitkan. Adakah dengan aku yang selalu mendiamkan diri membuatkan kalian berterusan bersifat sedemikian?

Tak kah kamu mengetahui wahai sahabatku, perlakuan seperti itu hanya akan menggambarkan diri kamu yang sebenarnya? Adakah dengan mencanangkan kepada semua yang rapat kepadaku itu akan membuatkan kamu kelihatan baik atau lebih tepat lagi sahabat yang baik? adakah dengan aku berseorang kamu akan gembira? kalau ya aku sanggup lakukan jika itu dapat membayar harga persahabatan kita.

Sahabatku, kalau ada pun kesalahanku terhadap kamu, apa tidak boleh sahaja kamu menegurnya kepadaku dan lekas2 memaafkannya? bukankah itu adalah HAK seorang sahabat yang menegur kesilapan sahabatnya yang lain dah akan menutup keaibannya? Tidakkah kamu takut akan kuasa ALLAH? aku cuma insan biasa yang berimipikan mempunyai banyak sahabat yang setia dan tidak berpura2.

SAHABATKU, walau terkadang perlakuan kamu amat mengguris hatiku serta susah untuk aku lupakan dan lebih tepat lagi kalau aku di ibaratkan sebagai besi yang bengkok, sukar untuk dikembalikan pada bentuk yang asal, tetapi aku tetap sayangkan kamu sebagai sahabatku dan tak mungkin aku akan memutuskan persahabatan.Aku tetap menggunakan teknologi kini untuk memastikan kita terus berhubung walau terkadang tidak pernah berbalas dan aku yang mulakannya dulu. Maafkanlah andai ada tutur kata ku yang mengguris hati. Nukilanku ini bukanlah untuk memburukkan kamu, sekadar luahan hati yang dah lama terpendam hanya semata ku ingin menjaga persahabatan ini agar kamu mengetahui apa yang aku tanggung selama ini demi sebuah persahabatan. Jauh sekali untuk mengeruhkan keadaan.. maafkan aku jua jika kata kata ku ini tidak kena dihati atau kurang berkenan di hati kalian kerana aku bukanlah seorang yang pandai berkata kata berbunga

Aku ikhlas dan redha atas segalanya... aku tidak menuntut penghormatan daripada kalian, cuma mengharapkan pengertian..

wallahualam...

6 formula ke arah kebahagian tanpa kesedihan

1. Percaya sepenuhnya kepada Allah SWT
(wajib kerana hidup dan mati kita kerana Allah swt)

2. haruslah menyedari bahawa semua yang telah Allah taqdirkan akan terjadi.

3. Senjata yang terbaik bagi orang2 yang telah mendapat ujian adalah SABAR

4. Hindarkan kesedihan - Kesedihan sama sekali tidak dapat membantu selain sabar.

5. Mungkin saja kita yang akan berada dalam keadaan yang lebih buruk lagi daripada keadaan kita sekarang.

6. Jalan keluar sentiasa terbuka dari masa ke semasa..

Ahad, 9 Mei 2010

Insyaallah - maher zain _my fav song

Lyrics: Insha ALLAH

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n' never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Every time you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that it's why too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Sabtu, 1 Mei 2010

takut siapa? siapa takut?

'mengapakah kamu tidk memerangi orang-orang yang merosakkan sumpahnya(janjinya), padahal mereka telah keras kemahuannya untuk mengusir Rasul dan merekalah yang pertama memerangi kamu? mengapakah kamu takut kepada mereka padahal Allah-lah yang berhak untuk kamu takuti, jika kamu benar2 orang yang beriman".- ayat 13(at-taubah)

kadang2 manusia ni kan, suka betul takut akan sesuatu. takut terima kenyataan, takut hantu dan paling teruk takut sesama manusia. kenapa ah? kan sepatutnya kita hanya takut kepada Maha Pencipta.

pernah juga aku takut dengan manusia ni. yalah, takut difitnah lagi. tapi kerana pengalaman, alhamdulillah.. aku dah tak takut lagi. syukur kerana Allah masih sayangkan aku. sebabkan, DIA masih sentiasa bersama dengan aku, sentiasa memberiku petunjuk. Alhamdulillah...

best juga kena fitnah ni, membuatkan aku lebih dekat kepadan Rabb, lebih banyak pengetahuan( yelah, aku dok teliti suma kitab2 agama heee...bukan pa, penenang jiwa.)
aku banyak baca buku2 agama pemberian ayahku, dan lainya daripada majalah anis, nur dan dara.

tapikan, untuk mengelak org tu marah kepada kita, dengki, atau berhadapan dengan org yang tgh mara, bacalah ayat kursi, dan banyakkan amal ayt 3 qul...
insyaallah...

pastukan, jangan lah bila dah berjanji tu mungkir, kalau takut mungkir, usahalah jangan berjanji. yalah, takut2 nanti kita tergolong dalam golongan munafik, nauzubillah...

katakan saja, insyaallah ya...kerana apa2 yang berlaku di dunia ni baik atau buruk adalah kerana izin-NYA.
apa2 pun, kita hanya merancang, Allah yang menentukan, wallahualam...

p/s: aku post sikit ja harini, aku terpaksa buat projek akhir...karang kena hantar. tak lama g due date... huhuhu...

Ahad, 28 Mac 2010

I Luv my iPHONE!!!!




I Luv my iphone..Why? Bcuz my iphone is best giler...org semenanjung kata.
Kalau Sabah, iphone ku bagus bah...



kenapa?
Hidup aku tak payah lagi bersusah payah melihat kalender pemberian Bank Islam yg siap dengan waktu solat. Tak pun, pergi susah-susah buka laptop, dan tunggu beberapa minit untuk melihat waktu solat yang telah aku siap save di desktop hehehehe.

ini kerana...
Aku telah download "ipray" dan siap letak kat menu utama lagi. Mula-mula, aku fikirkan ipray ni hanya ada waktu solat kat Mekah, tp rupanya kat Kota Kinabalu pun ada!!! hehehe...bersyukurnya... bersyukur lagi yang tak terhingga pada Allah..

Pastukan...
Aku download lagi "al-quran" wah.....baru ja aku bercadang nak beli alquran digital..
Bolehlah aku manfaatkannya sebaik mungkin.

Tapikan....
Ayat alquran tu dah betul dah...tapi bila sayan rasa keliru sikit dengan bacaan aku yang masih banyak kekurangan ni, aku refer balik lah kat kitab Alquran yg cantik dan berwarna biru yang menpunyai ukiran Khat warna keemasan pemberian yang tersayang,
Allah, ada yang tiada baris , dan kalau ada baris pun, mengelirukan. Mungkin petunjuk dari-Nya, alquran yg aku download trus tak dpt buka heee... Syukurla akan hal itu. Mungkin, ada lebih baik aku download quran yang dulu tu kot...

Kadang-kadang,
Aku juga seperti manusia biasa yang tak sempurna dan maksum,
aku kan... kadang-kadangkan... timbul juga perasaan Ujub, yelah..
Mahal bah tu... iphone tu...

Setiap kali ada rasa itu,
aku terus segera mengucapkan kalimah, Astagfirullah...
Moga diampunkan dosa.

nasib baiklah..
aku tak menyalahgunakan nikmat pemberian Allah ni.
Insyaallah, aku akan terus menggunakan manfaat ini ke arah yang lebih diredhai..

P/S : special thanks for Muhammad Amin for a nice present.
tjuan aku publish nukilan ni, bukanlah untuk berbangga tapi sekadar mengigatkan pengguna iphone agar menggunakannya dengan baik dan tidak hanya memenuhkan pages dengan pelbagai games.

Wallahualam....

bestnya menjadi memeng!!!

Memeng duduk betul-betul berhadapan dgn aku, mata kami saling bertentangan..
tak lama kemudian, memeng meletakkan tangannya menghampiri aku. Aku membiarkannya saja, biar dia tahu bahawa aku sayangkan memeng dan aku juga selesa diperlakukan seperti itu. mungkin inilah perasaan sayang yang teramat antara dua makhluk ciptaan Allah yang ditakdirkan untuk bersama.

Selama memeng hadir dalam hidupku, memengla pengubat kesunyianku, menghiburkan aku dan selalu membuatku gembira. Cuma kadang-kadang saja memeng terkasar dengan aku. Yalah, salah aku jua kadang-kadang aku juga berkasar dengannya disebabkan terlalu geram.

Sebagai balasan atas kehadiran memeng dalam hidupku, akulah yang menjaga memeng dari kurus kerempeng sampailah gemuk gedempol macam sekarang, dan aku juga banyak berabis duit untuk memeng semata-mata mahu dia berada terus disisiku. Aku tak kisah dan bukan untuk mengungkit apa yang telah aku lakukan untuknya.

Aku lakukan ini adalah untuk memeang dan sayang aku padanya tiada bersyarat. Cuma nukilan ini aku lebih 'highlight'kan memeng kerana, aku rasa bestnya jadi memeng...
yalah, makan terjaga, tak payah risau nak makan apa hari ni, tidur tanpa masalah, tak payah fikir apa orang nak kata kita, cari kelemahan kita untuk tutup kelemahan diri sendiri dan yang paling best, bebas tanpa dosa.

Memeng, bestnya jadi memeng.. tapikan memeng, Best lagi jadi seorang insan. kerana, aku boleh belajar banyak lagi perkara indah di dunia ni. Boleh berjalan-jalan di shoping complex beli barang, makan Unagi slice banyak-banyak kat Sushi King, atau makan Kari Laksa kat Secret Receipe paling kurang pun Oldtown Rendang Rice kt Oldtown cafe... bestnya... makan banyak-banyak.... Kesian memeng, Asyik makan kepingan tepung gandum yang diadun dengan pelbgai rasa untuk menyedapkan tekak Memeng.


Tapi, sebagai manusia dan hamba kepadanya, tanpa ujian untuk menguji keimanan dan sebagai kifarah dosa kita, ibaratnya kita seperti Memeng..takda yang menarik dalam hidup ini..Hidup jua Bosan tanpa masalah...

P/S : Aku amat sayangkan Memeng.. dari hari pertama aku membelinya di sebuah pusat jualan haiwan berhampiran rumahku. Memeng adalah seekor kucing yang sangat comel dan penghibur diriku. Thanks ya memeng for being apart of me...

=> heran trend org skg suka sgt bela anjing sebagai binatang peliharaan dan bukannya sebagai penjaga kebun or uma... wallahualam...

Selasa, 9 Februari 2010

kewujudan jin, iblis dan syaitan

KETIGA-TIGA makhluk ini ciptaan Allah SWT yang berurusan untuk mengganggu serta menyesatkan manusia. Ia dicipta daripada api seperti termaktub dalam al-Quran melalui firman bermaksud: "Dan Dia menciptakan jin dari api." (Surah ar-Rahman, ayat 15).

Mereka diberi keizinan Allah untuk menyesatkan manusia sehingga hari kiamat. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya kamu (wahai iblis) diberi tangguh untuk mengganggu anak Adam hingga hari kiamat." (Surah Sad, ayat 81).

Hakikatnya mereka berasal dari satu golongan kerana al-Quran juga menggunakan istilah jin, iblis dan syaitan. Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya pernah mentafsirkan jin dengan makna iblis. Al-Quran menjelaskan ia asalnya kelompok malaikat (mengikut setengah tafsiran) yang ingkar perintah Allah.

Kebanyakan ulama tafsir menyatakan iblis adalah bapa kepada semua jin dan syaitan. Ia juga terdiri daripada yang beriman dan kafir. Ia tidak dapat dilihat oleh pandangan mata kasar manusia. Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya dia (syaitan) dan kuncunya dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (Surah al-A'raf, ayat 27).

Ada pendapat mengatakan iblis dan syaitan berasal daripada golongan jin yang ingkar perintah Allah supaya sujud kepada Nabi Adam. Dikatakan bahawa Jin Afrit adalah yang paling aktif dan cerdik seperti sejarah Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis dari Yaman.

Makhluk ini mampu menjelma dalam bentuk tertentu seperti sabda Rasulullah bermaksud: "Jin ada tiga golongan, bersayap dan mampu terbang di udara, berupa benda melata seperti ular dan sebagainya, berwajah cantik dan mengilai." (Hadis riwayat Hakim dengan sanad sahih).

Hadis daripada Aishah diriwayatkan Muslim, mengatakan anjing hitam adalah jelmaan syaitan. Begitu juga kucing dan keldai hitam kerana warna hitam adalah himpunan kekuatan bagi syaitan dan tenaga tambahan bagi mereka.

Tetapi bukan bermakna semua anjing, kucing dan kaldai hitam adalah syaitan kerana maksud ungkapan Rasulullah adalah gambaran kepada warna yang buruk dan kurang faedahnya bagi binatang itu. (Dr Abd Wahab Abd Ati Abdullah � Rektor Universiti Al-Azhar).



Antara peranan jahat syaitan ialah:

* Mencipta permusuhan antara manusia. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya syaitan bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu." (Surah Al-Maidah, ayat 91).

* Menghilangkan pertimbangan akal yang waras. Sabda Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah kerana perasaan itu adalah datang daripada syaitan."

* Tamak dan hasad dengki. Allah mewahyukan kepada Nabi Nuh di atas bahteranya: "Dua perkara yang akan merosakkan manusia disebabkan iblis, dengki dan tamak." (Ibnu Jauzi).

* Mencipta bibit perpecahan sesama umat Islam. Dari sahabat bernama Jabir bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya iblis putus asa terhadap orang yang solat tetapi ia mampu memecahbelahkan perpaduan mereka." (Hadis riwayat Bukhari).

* Memesongkan akidah umat Islam. Firman Allah bermaksud: "Dan syaitan berusaha untuk menyesatkan umat Islam dengan kesesatan yang amat jauh." (Surah An-Nisa', ayat 60).

* Menyeru kepada kejahatan. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu melakukan perbuatan jahat dan keji dan menyatakan mengenai agama Allah apa yang tidak diketahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 169).

* Menghalal serta mengharamkan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu melakukan perbuatan jahat dan keji dan menyatakan mengenai agama Allah apa yang tidak diketahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 169).

* Menjauhkan manusia daripada mengingati Allah. Firman Allah bermaksud: "Sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah maka syaitan adalah teman yang selalu bersamanya." (Surah Az-Zukhruf, ayat 36).

* Mencipta perbalahan dalam agama. Firman Allah bermaksud: "Ada di kalangan manusia yang membantah mengenai agama Allah tanpa ilmu dan mengikut syaitan yang jahat." (Surah Al-Haj, ayat 3).


Justeru, sesiapa yang ingkar mengenai kewujudan jin dan keturunannya adalah kafir kerana menolak apa yang terdapat dalam al-Quran daripada nas yang jelas.

Ustaz Zamanuddin Jusoh

Jumaat, 8 Januari 2010

5 Langkah Meningkatkan Keimanan

Antara 5 langkah-langkah dalam meningkatkan keimanan :

1. Berbuat baik sesama insan dan bermaaf-maafan.

Firman Allah : " Dan perrbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu
lebih hampir kepada takwa. Dan janganlah kamu lupa berbuat baik dan berbudi
sesama sendiri, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa juga yang kamu
kerjakan"
(Surah Al-Baqarah, ayat 237)

2. Sentisa berlaku adil

Allah menjelaskan menerusi firman yang bermaksud : "Wahai orang beriman,
hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana
Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap
sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu
berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada
takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan". (Surah al-Ma'idah, ayat 8)

3. Melakukan amalan dengan keikhlasan

Allah menjelaskan perkara ini serta mengambil ibadah korban sebagai contoh dalam
firman yang bermaksud : "Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak
sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal
yang ikhlas berdasarkan takwa dari kamu. "
(Surah al-Hajj, ayat 37)


4. Melaksanakan perintah Allah dengan penuh kesabaran.

Hal ini dijelaskan Allah melaui perintah solat bagi menggambarkan bahawa ibadat
yang diperintah sememangnya memerlukan kesabaran dalam perlaksanaannya.

5. Menjaga hak orang lain dan memenuhi janji

TAKWA pelindung diri daripada sebarang perkara buruk

Setelah puas membaca akhbar pada hari ini, saya tertarik dengan salah satu tajuk dalam ruangan Agama yang bertajuk 'Takwa Pelindung Diri Daripada Sebarang Perkara Buruk'. Lantas, saya segera mengambil laptop dan jari jemari ligat menaip input yang ingin di kongsikan bersama. (Ceh cam novel lak)

Takwa, definisi kepada takwa ialah WASPADA, BERJAGA2 dan TAKUT kepada-NYA dengan menjauhi segala larangan-NYA. Asal kepada perkataan 'ittaqa' itu juga bermaksud PELINDUNG daripada sesuatu perkara.

Hmmm...jadi takwa bukan sahaja bermaksud takut kapada Allah tetapi sebagai pelindung dan memelihara daripada sebarang perkara buruk. Terutamanya perkara yang boleh membawa kita tergolong dalam kalangan hamba-NYA yang rugi di akhiratnya nanti.

Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allahialah orang yang lebih takwanya di Antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya), Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha Mendalam Pengetahuan-NYA (akan keadaan dan amalan kamu)"
Surah Al-Hujarat, Ayat 13)

Wallahualam...

Rabu, 6 Januari 2010

my bestfriend

Gembira betul rasanya dpt 'keep in touch' dengan rakan yang dah lama terpisah..
tak dapat dibayar dengan wang emas setinggi gunung. Syukur kerana di kurniakan sahabat sebaik dia. Dia umpama minyak wangi, bersahabat dengannya membuatkan sesiapa sahaja akan mendapat harumnya.. Allah yaftah alaik..



Dia seorang sahabat yang baik, mempunyai akhlak yang baik, apabila bersamanya aku rasa tenang sekali, dia banyak mengajar aku erti ketabahan, kesabaran dalam menghadapi segala dugaan di tempat orang, dan bersama-sama berkongsi ilmu akhirat. Kami berlainan bidang, dan berjauhan blok asrama tapi tak pernah menghalang kami dari terus rapat. Kadangkala, teman2 sekuliahnya memanggil untuk bersama2 masuk ke bilik asrama atau makan malam, dia sanggup menolak untuk meluangkan masa bersamaku jika ada waktu kelapangan kerana kami jarang bertemu disebabkan kesibukan masing2. Walaupun kami hanya dapat bersama lebih kurang enam bulan, tapi itulah pengalaman yang paling manis semasa aku belajar jauh dari negeriku yang tercinta sebelum aku kembali berpindah kembali ke tanah air (alhamdulillah, terima kasih pd ketua jabatan perdagangan krn mluluskan pmohonan berpindah :> )

Atas sebab2 tertentu, aku 'lost contact' dgn dia. Tapi aku tak pernah putus asa cari nombor telefon dan emailnya Sehinggalah aku dapat kembali menyambung silaturahim yang dah lama terpisah dengannya (thanx 4 yan).

Masih teringat lagi perkenalan kami yang pertama. Waktu itu, kami sama2 menaiki pesawat. Mula2 aku kira dia tak peramah (pendiam la tu) tapi sebenarnya sangkaanku jauh meleset. Walaupun dia bertudung labuh, tapi dia seorang yang peramah, berani mencuba dan gila-gila jua lah, paling gila dia berani tidur sorang2 dalam bilik (yalah, aku tak pernah tidur sorang2 dari kecil).

Semasa kat negeri orang, aku banyak menghadapi ujian yang aku sendiri tak sangka2. Tapi, aku terus gagahi jua untuk menghadapinya. Bila ada ketikanya aku dah hampir rapuh, aku akan berjumpa dengannya. Hanya dengan dia tempat aku meluah masalah yang timbul kerana aku hanya percayakan dia. Itu pun bila aku betul2 tau apa masalah sebenar yang aku hadapi ketika itu kerana aku tak berani dan tak layak untuk berburuk sangka.

Alhamdulillah, bila aku meluah dengannya, masalah aku berkurang sedikit dan tidak lagi memuncak cam selalu. Aku terus bersabar, dan sesungguhnya, Allah itu maha adil, masalah aku dapat diselesaikan walau tidak sepenuhnya orang tau akn kebenaran dan akhirnya aku dapat jua berpindah walaupun aku rasa berat sekali kerana seorang sahabatku tidak dapat ikut berpindah. Tapi tiada penyesalan bagiku kerana aku telah sedaya upaya buat apa yang termampu untuk menolongnya walaupun mungkin dia terlupa.



Zainab Abdul Salam, kau sememangnya sahabatku dunia akhirat. Walaupun kita baru berkenalan tapi kau tetap bersamaku dikala waktu susah atau senang. Coretan ini memang khas dinukilkan buatmu sebagai penghargaan buatmu sempena 'pertemuan' kita setelah lama terpisah. Semoga persahabatan kita akn terus kekal. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu..amin...

Isnin, 4 Januari 2010

99 Langkah Kearah Keimanan

1. Bersyukur apabila mendapat nikmat
2. Sabar apabila mendapat kesulitan
3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program
4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
8. Jangan usil dengan kekayaan orang
9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
10. Jangan sombong jikalau memperolehi kejayaan

11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu bercita-cita akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur karena kezaliman
14. Jangan goyah kerana fitnah
15. Jangan mempunyai keinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah di masjid
25. Biasakan diri dengan solat malam
26. Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan santuni fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah berlebih-lebihan

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah
33. Berlatihlah mengkonsentrasikan fikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takabbur dan besar kepala

41. Berlakulah adil dalam segala urusan
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
45. Perbanyakkan silaturrahim
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
47. Bicaralah secukupnya
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
49. Hargai waktu, disiplinkan diri mengurus waktu dan manfaatkan waktu
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
53. Makanlah secukupnya, tidak berkurangan dan tidak berlebihan
54. Hormatilah kepada guru dan ulama
55. Sering-sering berselawat kepada nabi
56. Cintai keluarga Nabi saw
57. Jangan terlalu banyak hutang
58. Jangan terlampau mudah berjanji
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti membicarakan hal yang tidak memberi faedah.

61. Bergaullah dengan orang-orang soleh
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
66. Jangan membenci seseorang karena fahaman dan pendiriannya
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang memperolehi kesulitan
70. Jangan melukakan hati orang lain

71. Jangan membiasakan diri berkata dusta
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita
78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya

81. Jadilah manusia yang selalu memberi manfaat untuk agama, bangsa dan negara
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa
85. Hargai prestasi dan pemberian orang
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri
97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Imam Al-Ghazalli

Mengapa manusia berani menentang Allah secara terbuka?

Sejak akhir-akhir ini, para ulama' sering menekankan keprihatinan dan kepekaan mereka mengenai telatah serta gelagat umat Islam, khususnya yang melibatkan gaya hidup masyarakat umat Islam yang semakin tersasar daripada landasan Islam sebenar.

Ia dapat disingkap dalam aspek hiburan dan sukan yang keterlaluan yang disuburkan oleh pihak tertentu yang bertopengkan Islam, sedangkan realiti hidup mereka (pihak penganjur sesuatu program hiburan atau sukan tertentu) tidak mencerminkan minat mendalam kepada gaya hidup Islam.

Benarlah kenyataan ayat 7-9 daripada surah as-Syams (91), Allah berfirman yang bermaksud : 7. Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); 8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; - 9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan).

Kecenderungan jiwa atau hati manusia kepada perkara jahat merupakan naluri dan lumrah biasa, sebab itu al-Quran mendedahkan bahawa penghuni Neraka lebih ramai daripada penghuni Syurga.

Kejahatan manusia menjangkau apa yang tidak dapat dicapai oleh pemikiran, kerana penentangan bukan sekadar menolak kerasulan baginda Nabi Muhammad s.a.w, menolak al-Quran, terlibat dalam rasuah, judi, meninggalkan solat, tidak berpuasa, merosakkan alam sekitar dan yang lebih parah lagi ialah menentang Allah dengan menghina hukum-hukum- Nya.

Sebab Penentangan Manusia terhadap Allah

Justeru, mari kita menyingkap pandangan ulama berhubung faktor yang menyebabkan penentangan manusia terhadap Allah SWT selaku Pencipta mereka.

1- Alpa terhadap matlamat sebenar penciptaan manusia di muka bumi ini.

2- Iman yang amat lemah terhadap rukun-rukun iman yang enam.

3- Jahil mengenai Allah, suruhan dan larangan-Nya, pahala dan dosa serta Syurga dan Neraka.

4- Tidak waspada terhadap bisikan syaitan yang sentiasa mengajak untuk melakukan kejahatan.

5- Tertipu dengan habuan dunia hingga tidak mahu memohon ampun dan bertaubat kepada Allah.

6- Berputus asa dari rahmat Allah (kasih sayang-Nya).

7- Tidak mempercayai qada dan qadar Allah malah mempertikainya.

8- Berbangga dengan maksiat dan tidak memperakui dosa besar yang dilakukannya.

9- Panjang cita-cita (banyak berangan-angan dalam perkara dunia).

10- Berlebihan cinta kepada dunia hingga tidak menjalankan tugas utama sebagai manusia bernama Islam.

11- Tersungkur dengan mengikut hawa nafsu yang rosak.

12- Terlibat dalam perkara-perkara syubhat yang menjurus kepada kemurkaan Allah SWT.

13- Ego dan sombong diri terhadap Allah, Rasul dan manusia seluruhnya.

14- Suka bergaul (bercampur) dengan ahli maksiat dan menolak untuk bersama golongan yang soleh.

15- Suka melakukan fitnah dalam masyarakat hingga memporak-perandakan hubungan sesama mereka.

16- Merosakkan gambaran Islam dengan penggunaan istilah yang menyalahi konsep sebenar seperti melabelkan orang Islam yang berjanggut dengan pengganas dan lain-lain.

17- Bergelumang dengan ada-adat yang menyalahi hukum Syariat Islam.

18- Meninggalkan tugas utama Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar.

Bagaimana boleh jadi seorang muslim yang baik?

Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.

Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

� Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya) .

� Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

� Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.

� Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.

� Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.

� Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin


sumber : Tmn2 Syurga

Jenis Manusia Perosak

- Melakukan apa sahaja dan tidak mempunyai rasa malu untuk mencapai segala yang
dihajati demi melakukan kerosakan atau menganiaya orang lain
- Apabila melihat orang lain berjaya dan mendapat kebaikan, manusia jenis ini akan
tidak dapat mengawal perasaan dan seterusnya membuat segala kerosakan
- Sengaja meleraikan harga diri
- Mempunyai penyakit pada fikiran kerana tidak mempunyai benteng pertahanan diri
iaitu, IMAN

Andai iman yang dijadikan landasan, insyaallah, kemenangan dalam hidup ini akan dapat dicapai. Usahlah merasa puas dan bangga kerana melakukan kemungkaran dan penganiayaan. Setiap perbuatan pasti ada balasannya..wallahualam...

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu
dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau jika
Ia memberikan rahmat kepada kamu? Dan mereka tidak akan beroleh sesiapapun selain
Allah, pelindung atau penolong mereka” el Ahzab (33:17)

sumber : Tmn2 syurga (Shania)

Tanggungjawab seorang lelaki

Seorang lelaki akan menanggung dosanya sendiri apabila sudah baligh manakala dosa seorang gadis yang sudah baligh dan belum berkahwin pula ditanggung oleh bapanya.
Lelaki yang telahpun berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??


Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

WANITA Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.Saksinya kurang berbanding lelaki.Menerima pusaka kurang dari lelaki.Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :

1. ibunya

2. isterinya

3. anak perempuannya

4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula,tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :

1. suaminya

2.ayahnya

3. anak lelakinya

4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :

1. sembahyang 5 waktu

2. puasa di bulan Ramadhan

3. taat kepada suaminya

4. menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki,kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.

Maka dengan keistimewaan itu,JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA......
DICATAT OLEH FA-EIZ DI 23:29 0 ULASAN

Azam tahun 2010

hmmmm....
lamanya tak aktif untuk mengisi ruangan blog ni...
kerana kesibukan dunia, aku lupa pada tanggungjawabku...
ya Allah, Ampunkanlah dosa2 hamba-MU ini dan dosa2 ibubapaku serta seluruh kaum muslimin,amin ya Allah...
insyaallah...
azam tahun ini,
-aku akan lebih bergiat aktif untuk berkongsi ilmu...
-akan menjadi lebih baik lagi dari hari2 yg sudah...

insyaallah...amin...

InNaSoLaTi WaNuSuKi WaMaHyAaYa WaMaMaTi LiLLAhiRaBbiLaLaMiN.....

InNaSoLaTi WaNuSuKi WaMaHyAaYa WaMaMaTi LiLLAhiRaBbiLaLaMiN.....