I made this widget at MyFlashFetish.com.

Laman Utama

Khamis, 30 April 2009

Sayangku....

Sayangku,
Maafkan diriku kini tidak lagi seperti dulu,
Tiada lagi gelak ketawa kita bersama,
Melangkah seiringan kita mengukur setiap jalan,
Walaupun tidak berjalan berdua seperti pasangan yang lain
kerana kehadiran muhrimku,
Kita cukup bahagia,
Dan aku cukup bahagia kerana kau memahami pendirianku,
Ya, kononnya muslimah yang inginkan perhubungan yang aman,
Kononnya....!!!!

Sayangku,
Semua pahit manis kita harungi bersama,
Aku setia denganmu,
Kau jua begitu setia denganku,
Aku bahagia...
Terasa dunia aku yang punya..!!!!

Sayangku,
Itu masa kejahilan kita,
Waktu itu, kita tidak tahu lagi bahawa berpasangan itu
tiada dalam islam,
Kerana percintaan bermaruah adalah perkahwianan...

Sayangku,
Teringat lagi sewaktu kita berpisah,
Ada titisan jernih ku lihat di wajahmu,
Aku tak dapat menahan emosi lalu aku menangis jua,
Kita menangis berdua tanpa peduli di sekeliling,
Cengengnya kita....

Sayangku,
Kau buat aku bersemangat untuk menegakkan kesucian islam,
Kau beriku kekuatan menempuh dugaan hidup bersama,
Kau selalu menasihatiku,
Dan, aku hargai segala nasihatmu,
Nasihatmu selalu kubawa bersama dalam jaga atau lena...

Sayangku,
Kini kita tidak lagi bertemu seperti selalu,
Kelmarin tanpa kau tahu,
Aku menangis melihat susukmu sudah susut,
Mengapa begitu sayangku???
Tidak sayang pada aku lagikah???
Terseksa benarkah kau???

Sayangku,
Telah kita tinggalkan jalan yang tidak diredhai,
Semoga Allah memberikan kita jalan yang halal,
Dan, jika aku jodohmu,
Aku akan pastikan taat setiaku milikmu setelah Allah,
Itu yang aku doakan seusai solatku,
Moga di kabulkan....
Amin......

ingin Wajah cantik????

  • Sentiasa senyum
  • hilangkan penyakit hati seperti riak, iri hati, bercakap dusta dan lain-lain.
  • sentiasa berselawat
  • tahajjud!!!!
  • SOLAT
  • sentiasa berbaik sangka
  • membaca Ya badiyah, Ya hadi, Ya nur, Ya Allah3x pastu raup kat muka
  • pakailah fair n lovely....hehehehe...gurau jer....
  • banyakkan minum air

Selasa, 28 April 2009

Fitnah



Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
(al-Hujurat 49:6)

Fitnah..Bagi sesiapa yang telah melaluinya memang perit , dan siapa yang tidak tahan dengan ujianNYA mungkin akan mengambil jalan singkat dengan membunuh diri!!!! Masyaallah, sampai begitu sekali hebatnya penangan fitnah. Jika di beri pilihan kepada anda antara dibunuh dan di fitnah, tentu ada yang memilih untuk di bunuh sahaja.

Mengapa saya berkata demikian???? ini kerana hidup di fitnah sememangnya amat sengsara, di kutuk, di keji, di hina, di pulau, di umpat dan sewaktu dengannya adalah makanan buat yang terkena fitnah. Bagaimana hidup kita tanpa di percayai dan di pandang serong oleh masyarakat sekeliling??? tentu sengsara bukan??? lagi sengsara pabila orang yang tersayang atau orang yang rapat dengan kita yang telah bertahun-tahun mengenali kita pun mulai menjauhkan diri dari kita. Di sinilah kepercayaan dan kesetiaan seseorang terhadap kita di ukur.

Tapi, sebagai orang yang beriman, kita tidak seharusnya mudah melatah. Jika kita di uji dengan fitnah, ketahuilah, hanya Allah sebaik-baik pelindung. Dan bergembiralah dengan ujian tuhanMU kerana tidak beriman seseorang hamba itu pabila ianya tidak di uji. Dan anda jua patut gembira kerana apabila kita di fitnah, itu tandanya kita telah berjaya!!! sudah menjadi adat manusia yang tidak suka melihat orang lain berjaya.

Tidakkah mereka takut akan balasan Allah di sana kelak?? Lupakah mereka bahawa Janji ALLAH itu adalah pasti??? Tapi, bagi mereka yang teraniaya, kita tidak seharusnya terus mempersalahkan golongan yang membuat fitnah dan mak atau pak turut yang menyokong si pemfitnah ini . Ketahuilah bahawa mereka juga adalah insan biasa yang sentiasa melakukan kesilapan dek kurangnya ilmu pengetahuan, terlupa ( kerana berilmu tapi tidak amal ) dan lemah akan godaan taghut laknatullah.

Sewajarnya, kita harus sentiasa memaafkan. Memang perit di fitnah begitu, dan sebaik-baik manusia adalah apabila berkuasa untuk membalas, dia memaafkan. Wajarkah kita hidup dalam penuh dendam, hidup ini terlalu singkat untuk membenci wahai saudara seislamku. Maafkanlah mereka yang memfitnah wahai yang terkena fitnah, maafkan saja mereka nescaya hati kita akan tenang. Biarkan saja Allah melakukan kerjaNYA. Kita tidak berhak untuk membalas dan menghukum mereka kerana itu kerja tuhan kita sayangku... Teruskanlah melangkah kehadapan, jangan sesekali engkau hanyut atau terpujuk oleh godaan syaitan yang licik untuk membalas dendam.

Sayangi sahaja si pemfitnahmu itu, kelak mereka akn berubah malah kau akan dapati mereka akn menjadi sahabatmu yang lebih baik lagi....percayalah...insayaallah...yakinlah dengan kekuasaan tuhanmu. Paling penting, lupakanlah segala persengketaan. Jauhkanlah kita dari penyakit hati seperti iri hati, sombong, riak , dan sebagainya.

Sahabat...









Dengarkan kerinduan di lautan memori,
Mengintai kenangan indah Yang menyentuh emosi,
Masih segar diingatan,
Saat mulai bersemi,
Hadirmu bawa sinar cahaya inspirasi,
Sahabat,Kau sesungguhnya,
Temanku dikala suka & lara,
Tikaku buntu diselubungi sendu,
Kau tiupkan ketabahan,
Untukku ku ukir senyuman,
Bagaikan embun hilang di terbit fajar,
Kau pergi jauh mengejar cita,
Menggapai redha yang Esa,
Duhai sahabat dengarkanlah bicara hatiku ini,
Meskipun jarak memisahkan namun tiada noktah kasih,
Biarla waktu menentukan nilai ukhuwwah yang terjalin,
Teruskan perjuanganke titisan darah terakhir,
Dan aku, masih disini terus mendaki,
puncak tertinggi hidupku...
Dan aku,terus menanti saat yang manis,
akan berulang kembali...
SAHABAT...


tajuk : sahabat
munasyid : devotees




Sahabatku...
masihkah kau ingat lagu itu??? itu lagu kegemaran kita. Tentu kau tak lupa. Sahabatku, aku sangat sayangkan kau kerana Allah. Tiada siapa yang dapat memisahkan kita kecuali maut.


Sahabatku,
berjanjilah padaku yang kau akan terus menjadi sahabatku di dunia dan akhirat.


Sahabatku,
Warkah ini khas ku karang buatmu, aku tau kau tidak mempunyai terlalu banyak masa bersamaku kerna kau jua ada matlamat dan cita-cita yang harus di kejar.


Sahabatku,
Kadang- kadang aku cemburu melihat kawan-kawanmu dapat meluangkan banyak masa bersamamu. Aku cemburu, tapi, aku mesti memahamimu, dalam dirimu, bukan hanya ada aku. Tapi cukuplah sekadar aku menjadi yang teristimewa di hatimu. Dan aku akan sabar menantimu kembali ke bumi Sabah, di Kudat yang telah menjadi titik permulaan persahabatan kita.


Sahabatku,
masih teringat sewaktu kita di alam persekolahan, masih teringat lagi sikapmu yang gemar membaca surat khabar . Aku kagum denganmu tidak seperti aku yang tak suka surat khabar. Bila aku menghampirimu, ternyata bukan isu semasa yang kau baca tetapi bahagian sukan dan kau hanya melihat Bambang Pamungkas !!!!! Tergelak puas ku melihat kenakalanmu.


Sahabatku,
Serasanya, baru semalam kita bersama-sama di alam persekolahan yang penuh kenangan. Kau dan aku saling tekun berusaha menjadi yang terbaik di dalm kelas. Dan pabila keputusan telah di umumkan, keputusan kita hampir sama!!! Dan kita sangat gembira semasa itu walaupun tidaklah segempak mana, tapi sekurang-kurangnya itulah usaha kita hehehehe...


Sahabatku,
Sewaktu kita mendapat keputusan untuk melanjutkan pelajaran, akulah yang paling sedih kerana kita tidak akan bersama lagi. Aku seperti kepatahan sayap, dan saat kita berpisah, kita bersama-sama menitiskan air mata. Itulah detik yang paling menyedihkan dalam hidupku. Tapi kita telah berjanji, akan terus berjaya dan sehingga kini aku genggam erat janji kita demi kebahagian di masa hadapan.

Sahabatku,
Aku cukup kagum denganmu yang sentiasa tabah dan selambadak berjuang sendirian tanpa kehadiranku atau sahabat-sahabat kita yang lain di sana. Kami tidak pernah melupakanmu sahabatku.
Teruskan malangkah sahabatku, persetankan segala yang tidak baik di sana. Tabahlah sentiasa. dan sentiasa ingat, jika kau tidak mempunyai sesiapa yang menghargaimu di sana, aku tetap ada dan sentiasa menyayangimu sebagai sahabat dan ahukhu fi islam.


Sahabatku,
Akan ku tunggu kepulanganmu,
Lekaslah pulang dan membawa segulung kejayaan buah tangan dari bumi kenyalang.
Semoga kau berjaya di sana.
Akhiru kalam, UKWAH FILLAH, ABADAN ABADAH......








Isnin, 27 April 2009

Alhamdulillah......

Assalamualikum WBT......
Allah yubarik fiq......
Syukur ke hadrat ilahi, akhirnya dapat juga saya membina blog saya sendiri. Kalau selama ni saya hanya dapat melihat blog orang lain, kini saya mampu tersenyum. Semoga dengan terbinanya blog ini, dapatlah saya berkongsi pendapat dan ilmu yang sejengkal ini untuk tatapan dan sebagai titik permulaan saya dalam berdakwah dan "still straight for Mardatillah & fisabilillah...."(ntah betul ka tidak grammar saya ni, segala teguran amat di harapkan)
Segala kebaikan itu datangnya dari Allah dan Kelemahan itu datang dari diri saya sendiri. Di harap komen anda dapat membantu diri yang hina dalam membaiki kelemahan diri ini agar kita bersama- sama untuk terus berbakti kepada agama islam yang kita cintai ini.
Para sahabat sekalian, saya adalah insan biasa yang sering melakukan kesilapan, oleh itu saya perlukan kalian untuk menegur kesilapan insan yang hina ini. Saya akan,sedang dan terus sentiasa mencari keredhaan-NYA seperti kalian jua. saya bukanlah insan yang baik dan sempurna dari segala segi tetapi saya akan, sedang dan sentiasa terus memperbaiki diri lagi. Teringat lagi prinsip- prinsip saya semasa kecil dahulu antaranya :
  • " Dahulukan pelajaran, cinta belakang kira ",
  • " Jadikan hari ini lebih baik dari semalam ",
  • " Kejayaan hanya untuk orang yang berusaha"
  • " Hidup adalah untuk memberi " dan
  • " Still straight 4 mardhatillah"

Alhamdulillah, sehingga kini saya masih lagi menggenggam prinsip-prisip tersebut. Namun, sebagai manusia biasa, saya jua tidak lari dari melakukan kesilapan. Kehidupan sebagai remaja terlalu bayak cabaran dan dugaan di samping " kemanisan " bergelar remaja. ' Dahulukan pelajaran, cinta belakang kira ' hampir saya lupakan ketika saya berada di akhir tingkatan 5. Dan, Alhamdulillah, sekali lagi saya kembali ke prinsip pertama saya sebelum ini.

Alhamdullillah, Allah memang sentiasa sayangkan saya. Atas dasar kasih sayang-Nya jua, saya masih terselamat dari kemungkaran walaupun ada ketika iman ini terasa goyah dek gelaran insan biasa. Dan sememangnya iman itu sentiasa turun naik, tapi itu bukan alasannya, yang penting diri kita. Diri kita, sikap kita, mencerminkan siapa kita. Wallahulam.....

InNaSoLaTi WaNuSuKi WaMaHyAaYa WaMaMaTi LiLLAhiRaBbiLaLaMiN.....

InNaSoLaTi WaNuSuKi WaMaHyAaYa WaMaMaTi LiLLAhiRaBbiLaLaMiN.....