I made this widget at MyFlashFetish.com.

Laman Utama

Sabtu, 8 Ogos 2009

Ahsanu Amala

“…….Supaya DIA menguji kamu, siapa diantara kamu yang terbaik amalannya (Ahsanau Amala)”


Terdapat pelbagai jenis ibadah yang kita lakukan dalam seharian, solat ibadah, kerja ibadah dan pelbagai lagi jenis ibadah. Apapun jenis amalan kita samada yang wajib, harus ataupun sunat haruslah diniatkan KERANA ALLAH agar amalan yang dikerjakan itu akan menjadi amal soleh dan mendapat ahsanu amala.

Al-fudhail bin ‘Iyadh berkata orang yang paling baik amalannya adalah orang yang paling ikhlas dan paling benar amalannya. Ikhlas disini adalah amal yang dilakukan kerana Allah. Manakala paling benar amalannya adalah amal yang mengikut sunnah Nabi SAW. Ikhlas adalah perkara yang memainkan peranan penting atas segala amalan kita. Ini kerana Allah tidak akan menerima amal yang tidak ikhlas. Tetapi amal yang ikhlas tapi tidak dijalankan dengan cara yang betul juga tidak akan diterima.

Andai solat itu dikerjakan bukan kerana Allah tetapi hanya untuk menunjuk-nunjuk, rutin harian mahupun hendak mengambil hati seseorang maka solatnya itu tidaklah diterima Allah SWT. Tetapi solat yang dilakukan dengan ikhlas dan tertib maka sembahyangnya akan di terima.

Ini bertepatan dengan kisah dua anak Nabi Adam, Habil dan Qabil. Kedua-duanya yang disuruh melakukan korban. Kedua-duanya patuh tetapi Allah hanya menerima korban Habil yang melakukannya kerana Allah. Korban yang dipersembahkan adalah dengan cara yang benar dengan memilih ternakan yang terbaik untuk dikorbankan. Manakala habil adalah disebaliknya.

Ahsanu Amala adalah perbuatan yang memerlukan ikhlas sebagai tampuknya, bunga tanpa tampuknya adalah bunga yang tidak sempurna. oleh itu, jom ikhlaskan diri dalam segala perbuatan kita. Dan tentunya
segalanya perbuatan kita adalah lillahitaala....dimulakan dengan bismillah......hehehehe....

InNaSoLaTi WaNuSuKi WaMaHyAaYa WaMaMaTi LiLLAhiRaBbiLaLaMiN.....

InNaSoLaTi WaNuSuKi WaMaHyAaYa WaMaMaTi LiLLAhiRaBbiLaLaMiN.....