I made this widget at MyFlashFetish.com.

Laman Utama

Jumaat, 9 Disember 2011

Bukan Tak Peduli

Kadangkala hidup di penuhi dengan pelbagai nikmat yang Allah kurniakan. Hidup ini rasa tidak ada rasa kekurangan pun. Disaat itu, terlupa bersyukur kepada Allah.. Astagfirullahaladzim.. Malah, diri ditambah lagi dengan mendustakan dan mengkufurkan nikmat yang Allah beri. Tak mensyukuri...

 YA..!!! Memang kita yang berusaha, tapi dimana bumi dipijak? Dimana langit dijunjung? Dimana udara yang dihirup? Dimana tubuh badan yang sihat? Dan yang paling penting, kesempatan untuk hidup.. Terlalu banyak nikmat yang dikurniakan bagi orang yang berfikir.. Bukan tidak berfikir akan nikmat yang dianugerahkan, tapi saja MEMBUTAKAN NIKMAT itu. Buktinya, masih jua melakukan maksiat (dosa-dosa). Yang perempuannya sibuk dengan umpat kejinya, yang lelaki pula dengan duniawinya. Tapi pernahkah terfikir kenapa ah kita masih diberikan nikmat yang tak putus-putus atau tarik saja nikmat tu balik? Hmmm... Allah dah tak pedulikan kita ka?

Bukan tak peduli tapi Allah tu Ar-RAhman Ar-Rahim(Pengasih dan Penyayang) beruntungnya kita kan? Namun, tahukah anda, bahawa nikmat yang paling besar yang Allah "tarik" perlahan-lahan dari kita berbanding mempunyai awek atau balak yang hensem atau cantik, ada iphone 4gs, ada kereta Mitsubishi Lancer or Banglo 4 tingkat siap ada lif lagi ialah apa? Itulah dia MANISNYA IMAN! Pabila kita dah tak dapat merasakan gementar dan timbulnya perasaan takut serta kagum terhadap Allah pabila dibacakan Ayat-Ayat Cinta-NYA, tidak lagi merasakan BERATNYA DOSA, MALASNYA untuk melakukan IBADAH.. Jika itu berlaku, cepat-cepatlah kita kembali ke haluan yang asal. Jangan lupa untuk mensyukuri nikmat yang dikurniakan. Cari redha itu penting..

Percayala, IMAN ITU AMAT MANIS.. Jangan kehilangannya.. Wallahualam...

Rabu, 7 September 2011

Kisah ku bersama arwah Nenek T.T


;;-nenek masa pertunangan kak mila T,T -;;

Coretan kali ini aku dedikasikan khas buat aku merakamkan kisah2 ku bersama arwah nenek yg telah pergi ke Rahmatullah pada 6/9/2011 bersamaan 8 Syawal... Al Fatihah buat Arwah Hajjah Anil Hawa bt HJ Ali Othman. -catatan ini dibuat pd jam 1.04 am, 8/9/2011, mata tak dpt lelap teringatkan arwah, tak terdaya rasanya melihat foto2nya,semoga rohnya dicucuri rahmat, amin-


KENANGAN WAKTU SIHAT
--------------------

1. Sewaktu kecilku sehingga sekarang aku sering sakit2 demam, dan neneklah yang selalu dipanggil untuk merawatku.Dgn berbekalkan ayat2 suci al-quran dan air putih yang dicampur sejenis daun herba yang nenek berikan, Alhamdulillah, demamku kebah.

2. Pernah dulu, aku sangat2 kurus hampir-hampir jd aneroksia nervosa, neneklah yang telah 'mencuri' aku ke rumahnya sekejap lalu dimandikan dengan air kunyit. Apabila sampai ke rumah, terkejut kehairanan ibuku melihat aku yg tlh menjadi kuning hehehe..sebab masa aku kena 'curi' ibuku sedang tidur. Alhamdulillah, dgn izin ALLAH, aku dah kuat makan meskipun sebelum tu sudah pelbagai susu berkhasiat dari doktor, susu yang termahal atau variasi vitamin aku minum, namun semua tu bagaikan tidak lut bagiku. Syukur kpd Allah dan nenek yg menjadi perantaraan.

3. Diwaktu sihatnya nenek slu bertandang kerumah minta teman dengan ibu ke pasar untuk membeli sireh. Sewaktu membeli sireh, akulah yang selalu memimpinnya atau ibu untuk membeli sireh.Sambil membeli sireh sempat lg nenek menjual kuih yang dibawanya dari rumah. Maka kuih yang dijual hanyalah sebungkus. Bukan nenek tiada duit, malah dia terkenal dengan emas bagaikan 'mami jarum' tapi jika ditanya, hobi katanya..inak, inak..apa2 sahajala yang penting inak bahagia..;D

4.Inak memang suka jalan2 dan makan2..dia selalu kerumah untuk turut serta dengan ibu yang sememangnya rajin berjalan2. Dia tak kisah duduk berlama2an di kereta berjam2 lamanya ke hulu ke hilir bersama aku dan ibu. Mungkin kami mewarisi sifat nenek kot hehe..

5.Inak suka sangat makan rojak restoran kak Maria kat Batu 1, kadang klu ternampak rojak berbaki kat meja waktu dia bertandang ke rumah, dia makan saja. Terus ibu rasa bersalah sangat sejak tu bila ada rezeki lebih, ibu atau ayah mesti titipkan rojak kat rumahnya.

6. Selain itu, inak jua suka sangat makan Roti Canai kat Restoran sebelah pejabat Acik. Pernah masa tu kami jalan2 lalu singgah ke pejabat Acik, Inak bergegas mengajak aku makan roti canai. Dia pesan DUA roti canai kosong untuk dia. Mula2 aku ingat dia order untuk kami berdua, rupa2nya utk dia sorang saja apabila dia tanya 'neng, nah..meng'order'lah kau apa yang kau mahu'..hahahaa...Inak, Inak...masa tu aku nak jak ketawa, tapi nanti dia heran plak. Aku ambil keputusan, pesan Teh C Special jak. Inak bersungguh2 makan roti canai kosong cicah kari campur dal.. dia pelawa aku makan apabila hampir licin roti tu hihihi..inak suka sangat T.T, masa tu aku rasa kesian sangat kat inak. Dia suka sangat makan2 tapi selalu tak berkesempatan.

7. Inak jua sanggup ke rumah semata2 untuk meminta tolong untuk menulis 'SURAT CINTA' buat si penghutang. Apabila menulisnya,inaklah yang reka ayat. lucu benar ayat yang memujuk si penghutang membayar hutangnya hihihi... Dia akan duduk bersila dikerusi solo sambil makan sireh sambil menghulur buku latihan cucunya yang tak berguna lagi yang bertukar fungsi jadi buku hutang. Wah..banyak sungguh orang yang berhutang kat inak. semuanya setiap seorang, ribuan ringgit. ku hitung hampir 10 Ribu. Kaya raya nenek ku ni...


KENANGAN MASA SAKIT
--------------------

1. Aku masa tu berbaring disebelah inak, temankan dia tidur. Aku tersedar inak bangun utk solat Subuh. Waktu tu sepupu bertunang.Seusai solat Subuh, Inak gagahkan diri membuat kuih Pisang Goreng .. sebab masa tu semua masi tidur akibat kepenatan membuat persiapan utk hari esok. Aku turut bangun utk solat Subuh, selepas tu aku sambung tidur. Tapi,tak sampait seminit aku bangun.aku tak sampai hati tengok inak terbongkok2 membuat pisang goreng.

2. Masa itu, inaklah yang sibuk2 turut serta membuat persiapan. Ingat lagi masa tu, mungkin diluar sedar ada dalam kalangan sepupu2 yang tak sengaja tertinggi suara kat inak, mungkin tertekan sebab inak tanya2 pasal pelamin pertunangan yang belum disediakan tilam. aku lihat inak dari jauh, ada kaca2 dimatanya..selepas tu inak diam saja..ada raut sedih diwajahnya. Rasa nak peluk inak jak masa tu, tapi nanti akan menambahkan kesediahnnya.biarla dia tenang sendiri. dihari itu, inaklah yang paling gembira..awal lagi inak dah buatkan kuih dari kampung meskipun dia sedang sakit2..satu tin biskut penuh dgn kuih kering rangup yang dibuatnya. sedap sangat...rindunya..T.T

3. Sewaktu dihospital, aku dan ahli keluarga yang lain bergilir menjaganya. Masa tu akulah yang kerap menjaganya kerana masing2 ada kerja dan masa itu aku saja yang belum kerja meskipun masa itu aku teringin sangat nak kerja tapi ibuku kata jangan dulu. Oleh itu, banyak kenanganku bersamanya Meskipun pun sebelum itu aku keberatan utk menjaganya. Bukan apa, takut inak rasa tak selesa bila aku menjaganya sebab aku sedar siapa aku dimatanya. Tapi kata ibuku, buangkan saja perasaan tu yang penting berbakti kerana inilah masanya. Aku memang sayangkan inak tapi keadaan yang tak mengizinkan. dan sememangnya benarlah, SAYANG ITU TAK BERSYARAT. tak perlu syaratnya sayangku berbalas. kalau tak, aku tak taulah yang inak sayangkan aku juga,, T.T

4. Apabila Subuh, inak akan pesan, jangan lama2 klu pergi solat sebab inak takda kawan. Oleh itu aku akan lewat2kan sedikit waktu bersolat agar inak tak keseorangan. aku akan tunggu Pembantu jururawat membuka langsir, dan mengagihkan makananan.Aku akan tunggu cerah sikit sebab kalau gelap inak tak benarkan solat kat surau. takut ada apa2 katanya. terdetik, sayang juga inak kat kami. bukan aku tidak mahu solat kat sisinya tapi aku tak yakin kebersihan lantai sebab inak membuang air kecil ditampui kat ku sediakan utk inak kat lantai serta ruang yang terhad.

5.Inak akan buat2 sihat setiap pagi selagi dia terdaya agar dia dikeluarkan dari hospital. kesian inak.. demi sayangnya inak kepada anak2 dan cucu2nya..

6. Inak juga pernah memberiku dan adikku duit RM20 sebagai tanda terima kasihnya menjaganya. Aku dan adik bagi balik dan cakap kami ikhlas menjaga inak dan memang tanggungjawab kami. tapi inak berkeras. kami terima dengan penuh kesyukuran dan dengan duit tu aku buat untuk modal untukku mencari kerja dan aAlhamdulillah, aku dapat jua kerja.

7.Perkara yang aku sesali adalah meninggalkan inak kat hospital semasa hari dia dikeluarkan meskipun aku tahu inak tak suka cucunya dari Semporna tu menjaga dia. Bukan apa, aku sangat letih yang teramat sampai pening kepala akibat tidak cukup tidur selama beberapa hari.lagipun fikirku, bukan tiada yang menjaganya. Maafkan aku inak, tinggalkan inak meskipun inak merenungku penuh pengharapan agar aku tidak meninggalkannya. Menyesal sangat.

8. Apabila inak sihat sikit, aku pergi merantau mencari pengalaman. aku terkenangkan pelbagai kisahkudan inak. tapi tau2 selepas sihat dia sakit semula apabila terjatuh dari katil. dari situ, inak sakit teruk dan menjadi nyanyuk. Masa inak kat hospital kk, aku tak dapat jaga. Aku takda kereta utk kesana ;[, apabila aku dan keluarga melawat inak kat hspital kk,inak hanya mampu mengangguk bila ibu beritahu aku akan pergi konvo.

9. Ibu kata semasa aku di kk, nenek sering menyebut namaku. rasa nak saja terbang ke kudat. berkaca mata serta merta kerinduan menerpa. tapi apa dayaku, aku baru saja kerja dan kewangan serta masa tidak mengizinkan. Apabila aku melawatnya, dia sudah tak dapat cam atau berkata2 ;[



Apabila inak meninggal aku tak dapat menghantarnya sehingga ke tanah perkuburan. aku hanya memandang dari kejauhan atas sebab masalah wanita. Oleh itu,tadi aku sedekahkan 4 juzuk untuk inak sebagai tanda sayang meskipun selama ini aku tak pernah habiskan dalam sehari sampai 4 juzuk. selalunya, 1 juzuk paling banyak. inak, tenanglah kau disana. Meskipun hasratmu untuk melihatku dipelamin tidak berkesempatan.. kami semua sayangkan inak... T.T

Jumaat, 5 Ogos 2011

Marhaban Ya Ramadhan...

Ramadhan datang lagi...
rasanya macam baru semalam kita berhari raya.. pantasnya masa berlalu..
Aku bukan insan yang sempurna.. maksum dari dosa-dosa samada kecil, besar, sengaja, atau tidak sengaja.. hidup yang penuh berliku-liku.
tapi, aku berazam kepada diriku, agar Ramadhan kali ini tidak akan aku persiakan.. akan ku kutip seberapa banyak amalan di bulan yang mulia ini...
Agar aku dapat membentuk perkerti yang solehah..




Marhabahan ya Ramadhan.., Ahlan wasahlan ya Ramadhan.. Ramadhan yang ku tunggu-tunggu akhirnya tiba jua.. Sykur aku dikurniakan kesempatan untuk menikmati bulan yang penuh keberkatan ini..

Syukur Ya Allah..
KAU telah memberikan nikmat yang pelbagai kepadaku sehingga aku rasa tak layak untuk menerima pemberian-MU yang teramat banyaknya.. semoga aku terus menjadi orang-orang yang bersyukur...
Amin Ya Rabb...

Rabu, 15 Jun 2011

10 Ciri Berada Dalam Kebaikan

1.Mndpt ilmu yg mmberi mnfaat utk dunia & akhrat
2.Beri kfahaman dlm agama
3.Kenal & mampu utk mmbezakan atra yg hak dan batil
4.Djodohkan dgn suami/isteri yg soleh/solehah
5.Dkurniakan ank2 soleh/solehah
6.Dmurahkn kberkatan rezeki
7.Sihat tubuh bdn & akl fikiran
8.Dkurniakn umur yg pjg utk mmbuat amal kbaikan kbajikan
9.Dapat hidup Zuhud dan Warak terhadap dunia
10.Terdorong utk Brjuang Dan berjihad

Semoga kita tergolong dalam golongan yang berada kebaikan-kebaikan tersebut..^^

Selasa, 3 Mei 2011

Selamat Hari Ibu


Mama yang berbaju warna merah hehe..

SELAMAT HARI IBU!!!
Buat insan yg mlahirkan aku ke dunia ini,Sabrah Hj Hamjah..
dan semua ibu-ibu kat dunia ni, Selamat Hari Ibu :)
walau tidak ku pinta lahir kedunia ini,
tapi aku bersyukur kepada Allah kerana telah menjadikan ibuku, sebagai ibuku.
Aku bersyukur dan berterima kasih kepada ibuku krn mlahirkan aku.
Kerana ibuku seorang wanita tabah yg menjaga aku yg selalu menyusahkannya apatah lagi aku yang sering sakit, suka memberontak bila tak dapat sesuatu sewaktu kecil, degil, cerewet sangat apabila dibelikan sesuatu tanpa pengetahuan, nakal dan suka mengacau barang-barang mama hehe..(kasi modified barang hehe..)
tapi sekarang, anak mama sudah besar dan ingin balas jasa mama..
Doakan yang terbaik ya mama..
Semoga Allah tetapkan iman dan niatku ini..

Sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah SWT, terima kasih kerana membaca artikel istimewa sempena hari ibu yang jatuh pada 9 Mei ini.
Ambillah sedikit masa untuk diluangkan bersama-sama ibu yang telah melahirkan..
Usahakan gembirakan hatinya. Kadang kala kita sebagai anak selalu melukakan hati ibu tanpa kita sedari.(mak, ampunkan aku, aku taw aku slu susahkan mama.. :( )


Wahai Anak, bersabarlah terhadap ibumu, mungkin kita sering terluka dengan ibu yang sering berat sebelah terhadap adik beradik yang lain hanya krn adik beradik yang lain lebih berjaya atau mempunyai kelebihan sedikit berbanding kita. Janganlah bersangka buruk, tapi bersabarlah. Ibu kita jua manusia biasa yang punya 1 hati.Ibu hanyalah insan biasa.

Kasih sayang adalah sesuatu yang subjektif. Dan tak akan ada orang pun yang dapat bahagikan kasih sayang dengan sama rata dan tidak terkecuali Nabi junjungan mulia kita sewaktu isteri baginda bertanya siapakah yang paling disayangi Baginda. Bersabarlah wahai anak, kita tak mampu salahkan ibu, tapi salahkan dulu diri kita. Nilai diri kita balik. Adakah kita sudah cukup baik, berlemah lembut dgn org tua kita or sebaliknya???
Mengapa kita tak sendiri mencuri sedikit perhatian dari ibu atau bapa kita? tarik perhatiannya, dan buat baik kepadanya. Berusahala memenangi kita dan yang paling penting berdoalah kepada Allah yang memegang hati-hati hamba-NYA. Minta agar diberikan sedikit sayang itu kepada kita.Namun, jika tak mendapatkan respon dari ibu, cukuplah Allah sebagai Pelindung..

Jadikan jua hari-hari biasa sebagai Hari Ibu,
rebutlah peluang selagi mereka berada didunia ini,
Menyesal tiada guna lagi...
Wallahualam.. :)

Selasa, 29 Mac 2011

Doa-doa dlm Al-quran (bahg.2)

Alhamdulillah... ada jua waktu yang lapang untuk meneruskan lagi bahagian ini.
kali ini untuk ibu2 yang sedang hamil. Sesuai di amalkan pada awal kehamilan lagi




1. Surah Yusuf

- untuk mendapatkan anak yang soleh, sihat, Cantik dan sempurna
- Baik di amalkan bagi sesiapa yang berkehendakkan anak lelaki.( sure hensem punya cam artis hehe..Wallahualam)

2. Surah Luqman > Makiyyah> Ayat:34

- Untuk mendapatkan anak yang taat dan bijak(InsyaAllah)

3. Surah Maryam > Makiyyah> Ayat : 98
- Bagi yang ingin anaknya menjadi sabar dan taat
- InsyaAllah akan dipermudahkan untuk bersalin
- Bagi sesiapa yang inginkan Anak perempuan leh la amalkan ni

p/s: see... betapa indahnya islam kan? semua aspek ada di ajar.. Al-quran itu benarlah sebagai penawar bagi segala penyakit insyaAllah.. kecuali mati.

Sumber : pelbagai

Jumaat, 25 Mac 2011

Langkah Menuju Takwa



Mulakan langkah-langkah ni sebagai setapak lagi langkah kita menuju Allah SWT. Jika diri kita sebagai si pelaku tegar dosa sebelum ini, berubahlah... perdulikan segala cemuhan, kutukan hatta kritikan masyarakt terhadap kita tentang masa silam.

Mulakan dengan senyuman dan seterusnya doakan mereka agar diberikan taufik dan hidayah. Mereka belum lg mnegetahui niat kita yng bersungguh-sungguh untuk behijrah ke arah kebaikan. Jadikan langkah-langkah tersebut sebagai pedoman dan langkah terawal kita untuk jalan takwa, insyaAllah :

1. Memelihara Solat
- Solat on time ler... jgn tangguh2 lg.
- Elok lah kita berjemaah. uiks, banyak pahalanya tu klu kita bjemaah
- kusyuk, nah... kalau dah kusyuk, rasa mo terkentut pun nda jadi, try la!!!

2. menjaga hati
- jangan jeleszz
- buruk sangka
- zina hati
- riak
- takbur
- ujub
- and suma penyakit hati la bah... elakkan tau

3. Menjaga pertuturan (Lisan)
- nah... mengumpat la tu terutamanya...
- berkata perkataan lagha..(sia2)
jaga lidah orang bilang... elakkan la k dari berkata sia2, lebih baik diam dan bercakap bila perlu

4. Menjaga pendengaran
- nah,ni paling banyak orang suka ni, lagi2 lo cita yang dtunggu2 dan hot mau didengar dari pihak yang dmusuhi(ni kes penyakit hati la ni). lain kali, jangan la buat lagi tau, sia2 pahala.

5. Menjaga penglihatan
- faham2 sendiri la kan?
- zina mata

6. Menjaga Perut
- makan sebelum kenyang, sebab kebanyakan penyakit dari perut
- pastikan yang kita makan tu halal, lo ragu2(shubhah) baik tinggalkan

sumber: karangkraf dan pelbagai

Selasa, 1 Mac 2011

Doa-doa dlm Al-quran (bahagian 1)

Hmmm... lama tak update blog ni bah...kesibukan seharian telah membataskan waktu untuk melayari sebarang laman web atau update segala-galanya disini... banyak dah sahabat2 yang tertanya2 mngapa blog Ikhlas ni tak di update hee... sorry la my frens, sibuk betul bah...fb pun jarang suda dbuka.

memulakan lembaran baru tahun 2011 dengan perkongsian baru iaitu, doa2 yang terdapat dalam al-quran. Cukup ringkas, bermakna dan senang dhafal. so easy... Rajin2 lah berdoa agar dapat kita rasai kewujudan Maha Pencipta , tanda kita mengingatinya dan jauh daripada sifat orang sombong, Nauzubillah.

Pada kali ini, saya dapat kongsikan sedikit sahaja doa-doa dalam alquran kerana masa amat membataskan. Check it out!!! :

1. Al-fatihah
- terutama ayat 5, 6, dan 7

Ayat 5:
Maksudnya : "Hanya Engkau yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

-Na'budu: diambil dari kata ibadat: ke[patuhan dan ketundukan yang ditimbulkan oleh perasaan terhadap kebesaran Allah sebagai tuhan yang disembah kerana keyakinan bahawa Allah mmpunyai kekeuasaan yg mutlak terhadapnya.

-Nasta'iin (minta pertolongan) : diambil dari perkataan isti'ananh : mngharapkan bantuan untuk mnyelesaikan suatu pekerjaan yang tidak sanggup dikerjakan dengan tenga semdiri.


Ayat 6:
Maksudnya: "tunjukilah kami kejalan yang lurus"

Ayat 7:
MAksudnya : (iaitu) Jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat kepada mereka, bukan(jalan) mereka yang dimurkai dan bukan pula mereka yang sesat

sumber : Iphone> myQuran.

InNaSoLaTi WaNuSuKi WaMaHyAaYa WaMaMaTi LiLLAhiRaBbiLaLaMiN.....

InNaSoLaTi WaNuSuKi WaMaHyAaYa WaMaMaTi LiLLAhiRaBbiLaLaMiN.....