I made this widget at MyFlashFetish.com.

Laman Utama

Sabtu, 7 Januari 2012

Terima Kasih Rabb-ku

'Dan Dia mendapati engkau kekurangan lalu Dia memberikan kecukupan.' [surah Al-Dhuha;8]

Tahun 2011 banyak meninggalkan kenangan yang serasa ku, tak ingin lagi menoleh mahupun mengingatinya lagi. Terlalu banyak yang berlaku. Pahitnya menggunung, Manisnya sebutir cuma. TAPI...jika bukan menggunungnya pahit itu, tidak mungkin aku bersemangat untuk bangkit membangunkan hidupku yang kian terasa jauh dek kerana 'nipisnya iman' dan 'rapuhnya pegangan hidup'. Sungguh YA ALLAH, aku tidak mahu lagi walau setapak ketinggalan menggapai Redha-MU. Ya, iman itu manis, semanis coklat Cadbury Blackforest import hehe...ok stop thinkin about food ayna. Serious okay.

Aku tahu, pasti bukan aku sahaja yang diduga sebegitu hebat ditahun itu. Sepanjang tahun 2011, aku tercari-cari matlamat hidup. Hampir semua yang ku rancangkan tidak menjadi. Usaha bukan kepalang lagi. Trust me, sangat2 berusaha OKAY. Tapi hasilnya tak setanding usaha.

'Dan Kami telah membentangkan bumi dan Kami memacakkan padanya gunung-ganang yang tersergam serta Kami tumbuhkan padanya setiap sesuatu menurut ukurann tertentu. Dan Kami jadikan untuk kamu di bumi,segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk lain yang mana kamu bukanlah pemberi rezekinya. Tidak ada sesuatu pun melainkan di sisi Kami sahaja pembedaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan kadar masa yang tertentu. Dan Kami meniupkan angin bagi proses pendebungaan dan Kami menurunkan air[hujan] dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya. Bukan sekali-sekali kamu yang menyimpannya. Sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan dan yang mematikan dan Kamilah yang bakal memiliki segala-galanya.' [surahAl-Hijr;ayat 19-23]

Saatku terpinga-pinga tiada arah tuju [walau ku pasti mana harusku tuju], aku tersedar... aku nilai dan selidiki kembali apa yang sebenarnya telah berlaku. Mungkin aku telah banyak melakukan dosa sehingga aku makin jauh dari Rahmat dan Redha-NYA...AKU TAK MERASA TENANGGGG...

Sampai bila aku ditakuk yang lama. Aku tahu, TIADA SIAPA YANG DAPAT MERUBAH DIRIKU MELAINKAN AKU SENDIRI. Ya, aku harus. Aku bukanlah seorang yang suka ketinggalan, aku tahu potensiku ditahap yang mana. So, aku kena USAHA LEBIH DARI ORANG LAIN. Aku tetap letakkan KEYAKINAN PADA YANG ESA. Kerna aku tahu, semua yang berlaku didunia ini TIADA YANG SIA-SIA.

 'Oleh kerana ALLAH menguasai segala-galanya,maka wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada ALLAH [dalamsegala perkara], sedangkan ALLAH, Dialah sahaja yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.' [Surah Al-Fathir ; ayat 15]

Perkara yang PERTAMA sekali yang aku lakukan adalah dengan melakukan SOLAT SUNAT TAUBAT. Setiap manusia itu tidak lepas dari kesilapan dan kekhilafan. Perkara asasnya jika ingin berubah, kembali kepada fitrah iaitu Rasa Ingin Bertuhan atau Memerlukan Tuhan. KEDUA,ialah BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH kepada ALLAH agar mengampunkan aku dan kembalikan rasa manis dan bertambahnya iman [imanku senipis kulit bawang]. KETIGA, aku BERUSAHA SUNGGUH-SUNGGUH MENGUBAH APA YANG TERUBAH DAN TERSASAR [jadi lebih baik]. Kemudian, aku pergi menenangkan diri, balik ke kampung halaman untuk meluangkan masa dengan keluarga. Aku boleh tenang dan rasa selamat bila dekat dengan family tersayang. Sungguh, aku sayangkan mereka, dan REDHA IBUBAPA ADALAH REDHA ALLAHKEEMPAT pula,MENDEKATKAN DIRI PADA ORANG2 YANG SOLEH-SOLEHAH.
Alhamdulillah, ALLAH permudahkan segalanya,aku temui juga orang-orang yang baik agar aku terkena wangian mereka yang menyegarkan aku yang kian kelemasan ditelan arus kemodenan dan keduniaan semata. dan benarlah 'Kami tidak menurunkannya melainkan dengan kadar masa yang tertentu.' Sekelip mata hidupku berubah menjadi baik malah lebih baik lagi.ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH YA RABB.

oppss..teda kena mengena dgn gambar ni okay, just show off kecomelan my memeng hehe..


 'Dan bahawa sesungguhnya DIALAH yang memberikan kekayaan dan memberikan kecukupan.' [Surah An Najm;ayat 48]

Allah tahu potensi dan tahapku macamana. Sebab itu Dia berikan aku ujian yang pelbagai agar aku lebih bersedia menghadapi perkara besar. Allah memang tidak memberikan apa yang aku MINTA,tapi memberi apa yang AKU PERLU. Pokok pangkalnya KEYAKINAN PADA ALLAH.

Wallahualam...

InNaSoLaTi WaNuSuKi WaMaHyAaYa WaMaMaTi LiLLAhiRaBbiLaLaMiN.....

InNaSoLaTi WaNuSuKi WaMaHyAaYa WaMaMaTi LiLLAhiRaBbiLaLaMiN.....