I made this widget at MyFlashFetish.com.

Laman Utama

Selasa, 3 Mei 2011

Selamat Hari Ibu


Mama yang berbaju warna merah hehe..

SELAMAT HARI IBU!!!
Buat insan yg mlahirkan aku ke dunia ini,Sabrah Hj Hamjah..
dan semua ibu-ibu kat dunia ni, Selamat Hari Ibu :)
walau tidak ku pinta lahir kedunia ini,
tapi aku bersyukur kepada Allah kerana telah menjadikan ibuku, sebagai ibuku.
Aku bersyukur dan berterima kasih kepada ibuku krn mlahirkan aku.
Kerana ibuku seorang wanita tabah yg menjaga aku yg selalu menyusahkannya apatah lagi aku yang sering sakit, suka memberontak bila tak dapat sesuatu sewaktu kecil, degil, cerewet sangat apabila dibelikan sesuatu tanpa pengetahuan, nakal dan suka mengacau barang-barang mama hehe..(kasi modified barang hehe..)
tapi sekarang, anak mama sudah besar dan ingin balas jasa mama..
Doakan yang terbaik ya mama..
Semoga Allah tetapkan iman dan niatku ini..

Sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah SWT, terima kasih kerana membaca artikel istimewa sempena hari ibu yang jatuh pada 9 Mei ini.
Ambillah sedikit masa untuk diluangkan bersama-sama ibu yang telah melahirkan..
Usahakan gembirakan hatinya. Kadang kala kita sebagai anak selalu melukakan hati ibu tanpa kita sedari.(mak, ampunkan aku, aku taw aku slu susahkan mama.. :( )


Wahai Anak, bersabarlah terhadap ibumu, mungkin kita sering terluka dengan ibu yang sering berat sebelah terhadap adik beradik yang lain hanya krn adik beradik yang lain lebih berjaya atau mempunyai kelebihan sedikit berbanding kita. Janganlah bersangka buruk, tapi bersabarlah. Ibu kita jua manusia biasa yang punya 1 hati.Ibu hanyalah insan biasa.

Kasih sayang adalah sesuatu yang subjektif. Dan tak akan ada orang pun yang dapat bahagikan kasih sayang dengan sama rata dan tidak terkecuali Nabi junjungan mulia kita sewaktu isteri baginda bertanya siapakah yang paling disayangi Baginda. Bersabarlah wahai anak, kita tak mampu salahkan ibu, tapi salahkan dulu diri kita. Nilai diri kita balik. Adakah kita sudah cukup baik, berlemah lembut dgn org tua kita or sebaliknya???
Mengapa kita tak sendiri mencuri sedikit perhatian dari ibu atau bapa kita? tarik perhatiannya, dan buat baik kepadanya. Berusahala memenangi kita dan yang paling penting berdoalah kepada Allah yang memegang hati-hati hamba-NYA. Minta agar diberikan sedikit sayang itu kepada kita.Namun, jika tak mendapatkan respon dari ibu, cukuplah Allah sebagai Pelindung..

Jadikan jua hari-hari biasa sebagai Hari Ibu,
rebutlah peluang selagi mereka berada didunia ini,
Menyesal tiada guna lagi...
Wallahualam.. :)

InNaSoLaTi WaNuSuKi WaMaHyAaYa WaMaMaTi LiLLAhiRaBbiLaLaMiN.....

InNaSoLaTi WaNuSuKi WaMaHyAaYa WaMaMaTi LiLLAhiRaBbiLaLaMiN.....