I made this widget at MyFlashFetish.com.

Laman Utama

Khamis, 7 Mei 2009

Dilema dalam membuat pilihan..

Mo pilih yang mana satu ba ni Yna ??? Pulang pigi Kudat pas exam ka, trus jadi wakil kayak 21 jun ni ka , keja pat abang Hardi ka, or p kursus comptia A++ ??? Tambah aku bingung parents ku ndak paham aku. Bingung aku sekarang..
( Yna, nak pilih yang mana satu ni? lepas exam balik Kudat, jadi wakil kayak 21 jun ni, mula keja kat abang Hardi atau pergi kursus comptia A++?? keluarga saya tak memahami dan membuatkan saya tambah bingung. Saya bingung sekarang....)

Kesiannya my bestfriend ni, kebingungan dah...Sabar jak la k??? kalau aku punya pendapat la kan, better ko ikut jak bah cakap parents mu tu. Ikut cakap parents lagi berkat.
(kesian kawan saya nih, dah bingung. Sabar yerk?? bagi pendapat saya, ikut cakap parents lagi bagus dan berkat)
Tapi yna, ni under Kementerian Pendidikan punya. Kamek takot sidak mbak tindakan sebab sidak da sediakan semuanya. Yang kayak nak, alu kat senarai yah nama kamek. Alu madah ngan encik yah, pi nya sik bagi. tolong kamek yna....mek sik tau mok molah cmney gik.
( Tapi Yna, ini bawah Kementerian Pendidikan. Saya takut kalau Saya di ambil tindakan. Mereka dah sediakan semuanya. Lepastu, yang kayak ni, nama saya dah tersenarai. Saya dah bincang dengan encik tapi dia tak benarkan. tolong saya Yna, saya tak tau nak buat apa lagi.)
Gini lah T, alu madah kamek ke kitak tek, better kitak ikut ja pa yang parents kitak atur tok. Ikut parents madah lagi berkat and afdhal nak...??? kenak??? lecterur and Kementerian Pendidikan kah yang membesarkan kitak sampe kedak tok??? sidak kah suma??? kitak kena fikir tok...kenak parents kitak yah suru agak Sabah awal tek??? mestilah sidak windu kitak. Kitak patut bangga tek cuz sidak windu kitak, take care ngan kitak. Kitak mok ka sikda owang peduli kat kitak yah?? cam budak-budak kurang kasih sayang tok? kitak patut bangga....
( Macamni saja lah T, macam yang Saya beritahu awak , ikut saja apa yang keluarga awak dah aturkan. kan lagi berkat dan afdhal kalau ikut cakap mereka. kenapa?? pensyarah dan Kementerian Pendidikan yang telah membesarkan awak ??awak kena fikir, kenapa parents awak suruh balik sabah awal? mestilah mereka rindu awak. Awak patut bangga mereka rindu dan ambil berat dengan awak. Awak nak ke kalau takda orang yang ambil berat dengan awak? macam budak-budak yang kekurangan kasih sayang tu??? Awak patut bangga....
Aok lah yna, kamek ikut cakap kitak...huhuhuhu....
( baiklah Yna, saya ikut nasihat awak)
Begitulah antara butir perbincangan kami dalam telefon semasa saya dalam perjalanan pergi ke tempat kerja (a.k.a praktikal hehehehe...) My bestfriend, tabahlah hadapi semuanya dengan senyuman. Redhalah dengan ketentuan Allah. Semuanya telah di rancangkan dan awak harus redha tanpa perlu bersungut. Ketahuilah Allah lah sebaik-baik perancang. Tentu DIA telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi buatmu. Buat masa ni, memanglah, awak akan rasa semuanya tak berbaloi, tapi bila awak sedar kebaikannya tentu awak akan mengucapkan kesyukuran kerana telah mentaati ibubapamu.
Sahabat kesayanganku, Ketahuilah, takkan ada ibubapa di dunia ni yang mengiginkan anak-anak mereka tak berjaya. Tak ingat lagi waktu awak mula-mula mendapat tawaran IPTA tu??? Mereka terlalu bangga. Dan kini, awak dah berapa pada tahun ahkir, saat yang mereka tunggu-tunggu. Tegakah melukakan hati mereka dengan mengikut kata hati remaja kita? Ingatlah pengorbanan mereka Sahabatku....
Mereka sebenarnya sudah terlalu rindu kat awak. bayangkanlah sudah berapa lama mereka tidak bertemu dengan anak sulung perempuan mereka ni?? Sayang... Percayalah ketentuan Allah ok? dan teruskan tumpuan pada exam ni. This is your final exam. So, do the best..wish you gets flying colour. Saya tahu, sahabat sejati saya ni boleh. Kalau tidak, masakan dia terpilih untuk mengikuti kursus tersebut??? So, keep it up baby..... i knw you can do it better..
Bulan ini banyak betul sahabat-sahabat saya yang telah di timpa masalah. Tapi itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menguji keimanan kalian.
Kepada sahabatku yang seorang lagi, Bersabarlah menghadapi dugaan hidupmu. Ketahuilah, tiap-tiap yang telah di aturkan itu, pasti adalah yang terbaik. janganlah bersedih selalu. Yang penting, jangan haramkan benda yang halal. Memang susah untuk merubah pegangan seseorang apatah lagi seperti sahabat anda yang sudah lama mengikuti kumpulan tabligh. Mereka ini adalah seperti mereka walaupun mereka menolak politik. Tapi, seperkara yang perlu di ingat, kita tetap bersaudar.
Janganlah kita terpengaruh dengan tipu daya syaitan yang sengaja mengelirukan kita dengan agama sendir. Berdasarkan apa yang telah saya baca, di akhir zaman nanti terdapat banyak fahaman agama dan yang paling benar adalah mazhab kita iaitu mazhab Syafie. Jangan campur adukkan politik mereka dengan kita. Pada pendapat saya, politik mana yang kita hendak ikut adalah hak peribadi kita sebagai rakyat. Bukan kita tidak menyokong parti islam. Buat penilaian melalui akal yang rasional. Bukan terikut-ikut..yang pasti, undi pemimpin islam. Jika pemimpin islam, maka hak kita sebagai yang beragama islam dan bukan beragama islam akan terjaga.
Tapi bukan isu politik yang saya akan bincangkan, ini kerana ianya tidak sesuai dengan umur kita yang muda belia ini. Ketepikan isu politik, Kita akan pergi terus ke masalah sahabatku yang bernama A. A, tahniah kerana sentiasa mencari islam. A, kamu kena berhati-hati dalam menilai baik dan buruk...
Jamgan fikirkan pasal politik. Teruskan pada matlamat kita.....

1 ulasan:

InNaSoLaTi WaNuSuKi WaMaHyAaYa WaMaMaTi LiLLAhiRaBbiLaLaMiN.....

InNaSoLaTi WaNuSuKi WaMaHyAaYa WaMaMaTi LiLLAhiRaBbiLaLaMiN.....